Follow Us @asrialigur

Showing posts with label GOSIP ARTIS. Show all posts
Showing posts with label GOSIP ARTIS. Show all posts

26 November 2011

Fasha Sandha Buat Aksi Hot!!!

11:39:00 AM 4 Comments

Salam & Selamat Sejahtera

Mengapa la banyak sangat Search Keywords berkaitan dengan Fasha Sandha kat blog aku ni?erk?
ramai sangat ke yang minat dengan fasha sandha ni?kalau aku! minat jugak la…Korang minat tak?mesti minat betul tak?mana tak Fasha Sandha kan seksi dulu kan tengah top yang dia pakai Bikini tu kan?Mesti la kaum lelaki semua cair tengok betul tak?mungkin la kan tapi yang perempuan nak ikut jugak ke seksi-seksi macam ni ada klass ke?….tapi betul apa Fasha sandha tu kan lawa,cun,gedik,dan banyak lagi la kan.kan.kan.Apa pandangan korang?

What ever la….asalkan korang sume tak lagi seksi dengan Fasha sudahlah…

Dah terkenal macam-macam cara boleh buat...kalau ada cerita panas tentang seseorang artis itu lagi popular la artis tu kan?baik buruk anda je yang menilai sama ada korang nak jadi peminatnya @ pun tidak ...

Apa-apa pun renung-renungkan selamat beramal....

13 July 2011

Tahniah Buat Mawi & Ekin yang akan menimang cahaya mata

12:59:00 PM 2 Comments


Salam dan selamat sejahtera…

Tahniah diucapkan kepada Mawi Dan Ekin yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi….
kini Ekin Hamil 7 minggu.....
Ekin dan mawi telah menunggu sehingga hampir 3 tahun untuk mendapatkan zuriat dan amat bersyukur dengan Rezeki tuhan nak berikan anak kepada pasangan ini …Alhamdulillah..

God job ya atas kejayaan dan usaha anda untuk mendapatkan zuriat…….


k.by......

sumber : mstar

Share

19 April 2011

Asyraf Muslim Bertunang (Ustaz Amirul)

7:42:00 PM 7 Comments






SALAM …
Asyraf Muslim a.k.a Ustaz Amirul akan bertunang pada 23 April 2011 ini dan akan di Tayangkan secara live Di Tv9
So tak dapat la korang yang perempuan-perempuan nak takle Ustaz amirul ni lagi
kan..kan..kan hehheheh
Ustaz Amirul lelaki yang baik dan mendapat calon isteri pun yang baik Alhamdulillah……..(Ustaz la katakan)
Aku dapat tahu pun dari oh artis





Share

25 March 2011

Dapat Gelaran Datuk (M.Nasir & Ramli Ms)

5:44:00 PM 0 Comments

Salam..... Senyum..... tak perlu kata apa-apa..........
Wah Tahniah Diucapkan kepada 2 Selebriti di negara kita ni yang telah mendapat Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP)Pangeran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. iaitu Tukang Pencipta lagu/bernyanyi(M.Nasir) dan konduktor muzik (Ramli MS).

Dengan Gelaran yang dianugerahkan dapat memperbanyakkan lagi lagu2 yang berkualiti ermmm apa2 jelah di Industri Muzik di tanah air kita ya!!ya!!
Sumber : kOsmo

Share

07 March 2011

Farah Waheeda Datang Tangkak

2:56:00 PM 1 Comments


Salam …. Sempena festival tekstil tangkak yang aq beritahu korang sebelum ni….kalau tak tahu klik sini…karnival tu pun dekat dengan tempat keja aq depan je tak jauh pun jalan kaki sikit je dah sampai….Festival ni dah habis semalam….
sempena festival tersebut ada Artis popular la yang hadir disini antaranya fazli zainal,eifa,farah waheda.
Dah banyak artis yang dah datang kat tangkak ni tapi tak pernah pun aq dapat salam…Yang aq bersyukur sesangat dapat salam farah waheda…Pergh kali pertama aq salam artis..rasa bangga sesangat.. (nasib baik tak makan pakai tangan kiri jerr).
Sporting jugak ek Farah waheda ni…. Buat lawak plak dia malam tadi(Best gilous)

Mesti dlam kpala otak korang fikir tu pun nak kecoh aq tau korang memang dah banyak salam artiskan?(suka ati korang la nak cakap apa2 ada aq kisah)
Dah tu jelah la yang aq nak speaking hari ini…..By salam…..
Share

05 March 2011

Tomok Mengakhiri Zaman Bujangnya

1:42:00 PM 2 Comments
Salam..Dan selamat sejahtera.
Aq nak bagi tau pasal Artis ni vokalis New Boyz, Shah Idrawan atau Tomok, 26, dengan khabar angin mengatakan Tomok akan berkahwin?betul ke?

Berkahwin dengan pasangannnya seorang pramugari MAS ( Syarikat Penerbangan Malaysia ) yang bernama Rahayu Abbas, 32 tahun, ini bukannya gosip semata-mata(ini betul2) diorang ni akan bernikah pada 1 Julai 2011 dan majlisnya dibuat pada keesokkanharinya di rumah pengantin perempuan dan rumah tomok akan dibuat pada 6 Julai 2011 … Baru hari ini asri dapat tahu…..( ada ke patut).Aq tau pun daripada Murai

Apa2 pun asri mengucapkan tahniah la pada vokalis Tomok ni semoga bahagia sampai ke liang lahad Amin…….
Cuma asri ni jer bila nak kahwin ek korang doa2 kanlah aq ye supaya cepat kahwin hahahahahah….

sumber gambar : Yahoo

Share


10 December 2010

Tiga hero muda (mantap)

2:11:00 PM 0 Comments

Biarpun namanya terlebih dahulu dikenali umum, pelakon kacak dan sasa, Fizo Omar tidak seperti sesetengah artis popular yang enggan digandingkan dalam sesi fotografi bersama artis-artis yang kurang dikenali.
Malah, sepanjang sesi fotografi menggandingkan dirinya bersama pelakon Aeril Zafrel dan Sharnaaz Basir Ahmad, Fizo kelihatan tidak kekok, malah selesa dan begitu profesional.
Anak kelahiran Kelantan yang sudah berkecimpung dalam dunia seni selama tiga tahun itu juga sebenarnya masih baru. Namun berbanding Aeril dan Sharnaaz, dia sudah terlebih dahulu membina nama dan tapak yang kukuh dalam dunia seni tanah air.

Sementelah, pendedahan dirinya menerusi drama-drama tempatan lakonannya membuatkan dirinya kini dikenali ramai.
"Bagi saya, artis baru dan lama sama sahaja. Kadangkala, artis baru yang lebih dikenali daripada yang lama. Kita sama-sama berada dalam industri ini. Jadi, mengapa perlu ada perasaan (sombong) begitu," tuturnya dengan nada tenang.
Berceloteh mengenai pengalaman awal bergelar pelakon, bicara Fizo, dia teruja melihat artis-artis terkenal yang sering ditontonnya di kaca televisyen seperti Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan lain-lain.
Perasaan gementar dan menggigil sentiasa menemani pemuda itu apabila berlakon di samping pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya.



"Melihat artis terkenal di depan mata ia membuatkan saya gementar dan takut untuk berlakon. Perasaan itu muncul kerana sebagai pendatang baru, saya takut dimarahi. Itu hanyalah perasaan saya sendiri, padahal mereka semuanya baik belaka dan banyak membantu," akuinya mengenang semula kenangan ketika mula-mula berlakon dulu.

Ketua Lipas
Baru berusia 25 tahun, Fizo bagaimanapun mempunyai prinsip dirinya sendiri untuk maju ke hadapan dalam karier yang dibinanya itu.
"Jika kita bawa diri dengan cara yang baik, maka baiklah orang di sekeliling kita dan begitu jugalah sebaliknya. Jika kita mahu orang lain sukakan kita, kita harus sukakan orang lain dahulu. Itu prinsip saya sebenarnya selama ini," jelas Fizo lagi.
Menurutnya, individu yang ingin berjaya harus mempunyai sasaran dalam apa jua bidang yang dilakukannya. "Saya harap sebelum umur mencapai 30 tahun, saya sudah menggondol anugerah yang mengiktiraf saya sebagai pelakon yang dihormati dan disegani ramai," bicaranya.
Melangkah setapak dalam karier lakonan, Fizo bakal menunjukkan bakat di pentas pementasan menerusi teater Siti Di Alam Fantasi yang bakal berlansung bermula 20 Disember ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Bergandingan dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem ke-22, Liyana Jasmay, Fizo menegaskan dia berasa gembira dan bersyukur diberi peluang untuk melibatkan diri dalam teater.
"Tidak dinafikan berlakon teater lebih sukar berbanding filem dan drama, tetapi saya berasa gembira kerana diberi kepercayaan.
"Ia juga pengalaman baru bagi saya dan melalui teater saya mendapat kepuasan yang lain daripada lakonan drama atau filem," ujarnya.
Menceritakan mengenai karakter lakonan dalam Siti Di Alam Fantasi, Fizo memberitahu, dia diberi kepercayaan untuk memegang bukan satu, malah dua watak iaitu sebagai Ketua Lipas dan Putera Raja.
Fizo tidak menafikan bahawa pementasan teater tersebut sememangnya menguji keberanian dirinya untuk menyanyi dan menari secara langsung di depan penonton.
"Ini kali pertama saya menyanyi dan menari di khalayak ramai. Secara tidak langsung, ia juga menguji keberanian saya.
"Tambahan pula membuat persembahan di Istana Budaya yang merupakan satu tempat yang berprestij untuk lakonan teater," tambah anak kacukan Melayu, Arab dan Siam itu.
Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui selama ini, dia sememangnya meminati teater, tetapi tidak berkesempatan berlakon teater kerana sibuk dengan jadual lakonan drama.
"Jadi, semasa diberi tawaran untuk Siti Di Alam Fantasi, saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon drama," ungkap pemegang Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis itu.
Selain teater, Fizo juga bakal muncul menerusi filem Hello arahan A.R Badul. Menerusi filem itu, dia bakal bergandingan dengan pendatang baru, Dayana yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Anak Wayang.
Filem romantik komedi yang juga menampilkan Angah, Along dan Tauke dari program Raja Lawak itu akan menampilkan Fizo untuk watak utama iaitu sebagai Dr. Syafiq.

Aeril dampingi Lisa Surihani
Siapa yang kenal Sudin pasti kenal siapa Aeril Zafrel. Itulah karakter lakonan Aeril dalam filem yang sedang hangat diputarkan di pawagam saat ini, Aku Tak Bodoh.

Walaupun bukan karakter utama, namun watak pelajar sekolah yang mempunyai masalah disiplin dan seorang kaki pukul serta bermasalah dengan bapanya berjaya menonjolkan bakat lakonan Aeril.
Apa yang mencabar kewibawaannya sebagai pelakon baru menerusi filem Aku Tak Bodoh itu ialah dia perlu pandai bermain dengan emosi dan juga ada di antara aksi-aksi pergaduhan yang dilakukannya sendiri.
"Bukan sekadar itu, dalam satu babak saya perlu mengeluarkan air mata. Saya perlu lakonkannya dengan penuh beremosi supaya watak yang dibawa berkesan," ujar anak muda berusia 22 tahun itu.
Aeril berpendapat Aku Tak Bodoh dapat menarik golongan remaja untuk menonton filem itu kerana penceritaannya lebih berkisar kepada realiti remaja kini.

Bicaranya lagi, Aku Tak Bodoh dapat menyumbang 1001 pengajaran kepada semua golongan masyarakat memandangkan ia adalah sebuah filem yang berkisar mengenai isu semasa kekeluargaan.
Sebenarnya, Aeril bukan pendatang baru tetapi seperti juga Fizo, dia sebenarnya sudah tiga tahun menceburi bidang lakonan. Cuma dia tidak seperti Fizo yang telah menyerlah namanya terlebih dahulu.
Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari itu pernah muncul di layar kaca menerusi drama Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi dan Senja Permai. Menerusi drama 13 episod arahan Hasyim Rejab berjudul Klik yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ceria tidak lama lagi turut menggandingkan Aeril bersama pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani.


Sharnaaz selesa bersama Scha
Dia dihalang daripada menjadi pelakon. Itu kisah silam Sharnaaz Basir Ahmad. Pertama kali dia menyatakan hasrat untuk menceburi bidang lakonan, Sharnaaz dihalang oleh bapanya yang juga pernah berkecimpung dalam bidang muzik.
Akur dengan kehendak bapanya, Sharnaaz menceburkan diri dalam pelbagai bidang yang jauh tersimpang daripada minatnya itu.

"Apabila bapa tidak benarkan saya menceburi industri seni, saya pergi ke bidang lain. Antaranya bidang perbankan, gas asli dan jual beli hartanah.
"Kesemua kerja yang pernah saya lakukan sebelum ini, saya terasa seperti tidak pernah puas dan seperti kekurangan sesuatu," ujar anak muda kelahiran Pulau Pinang itu.
Bagi empunya diri yang menganggap Tan Sri P. Ramlee sebagai idolanya, pembabitan dirinya ke alam seni adalah seperti satu kepuasan. Sharnaaz mula mempersembahkan lakonannya kepada umum melalui drama bersiri Tari Tirana (2009) yang telah disiar di saluran TV3.
Antara drama dan filem yang akan dilayarkan di kaca TV lakonannya nanti ialah Anak Rintik Mendongak Ke Langit, Berselindung Di Sebalik Kaabah, KL Rock and Roll, Kita Musim Kedua dan Mimi Mencari Cinta.
Berbicara mengenai keserasian bergandingan bersama Scha Al-Yahya selama dua musim di dalam drama bersiri K.I.T.A pula, ujar Sharnaaz, dia sangat selesa berlakon bersama aktres cantik itu.

"Saya selesa bergandingan dengan Scha kerana kami sama-sama dari Utara, dan sebagai orang Utara, cara gurauan kami agak kasar dan Scha tidak kisah. Mungkin itu juga sebabnya saya berasa senang ketika digandingkan bersama Scha," tambah pemuda berumur 25 tahun itu.
Apa yang menarik tentang pemuda berkelulusan Ijazah Logistik dari Kolej Olympia itu ialah dia menganggap segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang pelakon adalah perkara yang menyeronokkan.
"Saya tidak mahu anggap itu sebagai cabaran tetapi saya gelarkan ia 'keseronokan' melakonkan watak-watak yang mencabar itu," ujarnya lagi.

Menurutnya, watak yang paling seronok dilakonkannya ialah sebagai Inspektor Arshad dalam drama Pasukan Gerakan Marin yang kini ditayangkan di TV9, selain filem Seru.
"Filem Seru memerlukan saya menganggap kamera sebagai teman saya dan perlu bercakap dengannya.
"Bagi saya, itu adalah perkara agak sukar kerana kamera adalah suatu objek yang tidak bernyawa. Jika bersama pelakon, boleh juga saya hayati emosi bersama mereka," katanya sambil ketawa kecil.
Seru merupakan filem pertama lakonannya yang bergenre seram. Sharnaaz memegang watak utama sebagai seorang jurukamera yang menjadi satu-satunya watak yang berjaya terus hidup sehingga penghujung filem.

04 December 2010

Ariel bakal muncul semula (kosmo)

10:36:00 PM 0 Comments
LIMA bulan adalah durasi Nazril Irham atau lebih dikenali dengan nama Ariel menjalani hari-harinya di penjara. Namun hal tersebut tidak menyekat Ariel daripada terus bergelar pemuzik. Malah Ariel menyatakan rasa rindunya untuk kembali berkarya.

Namun, jika kes video pornonya usai, vokalis Peterpan itu menyatakan sudah siap kembali ke panggung dan memeriahkan industri muzik.


"Insya-Allah akan kembali. Semuanya terbatas kerana masih di penjara. Kalau ada rencana memang ada tetapi masih tidak boleh diberitahu. Biar saja terjadi," ujar Ariel sewaktu di Pengadilan Negri Bandung, Jalan LRE Martadinata, Bandung, Indonesia.


Sebelum terjerat dengan kes video porno, karier Ariel berada di puncak. Selain menyelesaikan album baru Peterpan, Ariel juga diketahui sedang menggarap album solonya.


Bahkan kekasih Luna Maya itu telah melebarkan sayap ke dunia lakonan melalui filem Sang Pencerah.


Namun Ariel tetap bersyukur dan menjadikan kes video porno ini sebagai pengajaran.


"Jadi manusia tugasnya sabar dan ikhlas. Sisanya biar yang diaturkan Tuhan. Dipenjara adalah salah satu proses jadi orang ikhlas," jelasnya.

03 December 2010

Selebriti jurujual kek (hot)

2:01:00 PM 2 Comments

SERAMAI 30 orang selebriti tempatan akan bergabung tenaga bagi mempromosikan kek dalam satu acara amal iaitu Kejohanan Kek Coklat yang diadakan pada esok, 4 Disember bertempat di ruang legar, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Selangor
Kejohanan seumpama itu adalah kali keempat yang dianjurkan, menyaksikan 15 hotel bertaraf lima bintang mengambil bahagian menyertai acara tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 itu. Apa yang akan memeriahkan lagi acara ini adalah setiap hotel yang mengambil bahagian akan diwakili selebriti pilihan masing-masing yang bakal bertindak sebagai ‘jurujual’ kek-kek coklat yang dihasilkan daripada kepakaran dan daya kreatif chef masing-masing.

Para selebriti harus menggunakan apa jua cara promosi untuk melariskan jualan kek-kek coklat yang diwakili masing-masing.
Tujuan utama acara ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana bagi Tabung Perlindungan Kanak-kanak.

Harga bagi sepotong kek bermula dari RM15 dan seratus peratus jualannya akan disalurkan kepada dana berkenaan.
“Di samping dapat bertemu dengan para selebriti terkenal, pengunjung dapat beramal,” ujar pengurus acara, Bill Bora.

Tambahnya: “Acara jualan ini lebih menumpukan kutipan dana untuk kanak-kanak khususnya daripada golongan miskin yang memerlukan bantuan kewangan.”
Salah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang mengambil bahagian dalam acara amal ini ialah Crowne Plaza Kuala Lumpur. Baru-baru ini, hotel tersebut telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan selebriti yang mewakili mereka. Turut hadir ialah chef hotel tersebut iaitu Chef Khor Beng Gee.

Lima selebriti muda telah dipilih untuk menjadi ‘jurujual’ kek hotel tersebut pada ac acara tersebut iaitu Juliana Evans, Shahz Jaszle, Fizo Omar, Aeril Zafrel dan Sharnaaz Basir Ahmad.

Antara selebriti tempatan lain yang terlibat bersama hotel-hotel lain yang bakal diwakili masing-masing ialah Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Amber Chia, Lisdawati, Fauzi Nawawi, AC Mizal, Emilia Rosnaida, Marsha, Julia Ziegler, Sharifah Amani, Diana Danielle, Eja, Fahrin Ahmad, Zamarul Hisham, Gambit dan ramai lagi.

Selain jualan kek, acara ini juga akan diserikan dengan pertandingan mengikut kategori. Hanya dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu, kek coklat terbaik dan kek coklat paling kreatif.

24 November 2010

Kembalikan era rock kapak

10:59:00 AM 1 Comments

BIARPUN pelbagai genre muzik telah mendominasi dunia nyanyian hari ini, namun, irama muzik yang dikenali sebagai ‘rock kapak’ sebenarnya masih lagi diminati oleh segelintir peminat muzik tanah air.


Era rock kapak telah menjadi pujaan terutamanya anak-anak muda di negara ini pada era 80-an dan 90-an dengan kemunculan pelbagai kumpulan rock yang mewarnai dunia seni hiburan ketika itu.


Kumpulan seperti Melissa, Junction, Meditasi dan Bloodshed adalah sebahagian daripada nama yang cukup popular serta lagu-lagu mereka pula menjadi siulan ramai.
Kini, sebagai usaha untuk mengembalikan semula kehangatan irama muzik rock kapak, sebuah kumpulan yang pernah mencuri tumpuan pada era 90-an telah membuat kemunculan semula.


Dikenali dengan nama Chapters pada masa itu, kumpulan tersebut terdiri daripada empat anggota yang diketuai Wan Chap (pemain dram), Nizam (vokalis), Edrie (gitar) dan Lan (bass).
Setelah hampir 20 tahun tidak bergiat aktif, kini mereka telah membuat kemunculan semula dengan tiga anggota baru iaitu Am (vokalis), Polly (gitar) dan Din Gates (bass).
Pernah melahirkan album berjudul Prajudis pada tahun 1991, peminat setia Chapters pastinya mengingati beberapa buah lagu popular nyanyian kumpulan tersebut seperti Dosa Cinta, Titian Rindu dan Realistik Kota.


Kemudian pada bulan September lalu, mereka telah kembali ke persada muzik tanah air dengan nama Chapters 09 dan menghasilkan album mini yang memuatkan lagu-lagu seperti Gurauan Kata Cinta dan Permata Hati.


Demi memenuhi permintaan para peminat yang mahu mereka membuat persembahan secara langsung, kumpulan tersebut telah mengadakan sebuah konsert di One Cafe, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 November yang lalu.

Jurucakap Nadi Event & Resource, Esnani Elias yang merupakan penganjur konsert berkenaan berkata, penampilan kumpulan berkenaan pada konsert itu cukup istimewa kerana telah menggabungkan semula anggota kumpulan tersebut.


“Biarpun Chapters tidak banyak melahirkan album, namun kumpulan ini juga sebenarnya mempunyai peminat mereka tersendiri dan penganjuran konsert ini juga sangat dinantikan selepas mereka melahirkan album single sebelum ini.
“Apa yang lebih menarik lagi, semasa konsert itu telah ditampilkan pemain gitar terulung Malaysia, Edrie Hashim, yang merupakan bekas anggota kumpulan ini,” ujarnya selepas berakhir konsert tersebut.
Menurut Esnani lagi, anggota kumpulan Chapters 09 telah melakukan latihan sejak beberapa bulan yang lalu untuk membuat satu persembahan yang mantap untuk para peminat.


ernyata persembahan selama dua jam itu dilihat telah berjaya membangkitkan semula kenangan lama di kalangan peminat setia apabila mereka menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan serta lagu-lagu baru mereka yang tidak kurang hebatnya.


Pada malam itu juga, para pengunjung telah dihiburkan dengan satu persembahan yang menakjubkan menerusi lagu-lagu seperti Laut Dan Misteri, Sosial Funk, Takdirkah Ini, Kontroversi dan Pesona. – RONI HIDAYAT RIDWAN

15 November 2010

Justin Bieber dibunuh?

11:38:00 AM 1 Comments

KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh.
Bagaimanapun, para peminatnya tidak perlu berasa sedih atas pemergiaannya kerana kematian Justin sebenarnya hanya terjadi dalam salah satu episod dalam rancangan kartun South Park. Kartun berkenaan sememangnya cukup kontroversi kerana kerap memaparkan adegan ganas.

Dalam salah satu rancangan kartun tersebut, penyanyi cilik itu telah dibunuh oleh seekor raksasa ganas yang menyerangnya sewaktu beraksi dalam satu persembahan konsert ketika sedang menyanyikan lagi popularnya, Baby.
Raksasa yang dikenali sebagai Coon itu telah mengepit kepala Justin dengan jarinya sehingga pecah dan kemudian berlalu begitu sahaja setelah membunuh penyanyi tersebut dengan berasa bangga.

"Negara ini akhirnya akan terhindar dari segala kejahatan, tetapi apa yang paling penting sekali adalah dapat memusnahkan musuh yang paling jahat iaitu Justin Bieber. Untuk menyelamatkan dunia, makhluk kecil ini harus dimusnahkan," ujar Coon yang pastinya mampu mendatangkan kemarahan penyanyi berkenaan.

14 November 2010

Elyana ratah usia remaja

12:28:00 PM 0 Comments


KURANG seminggu atau lebih tepat, tinggal lima hari lagi sebelum dia bertukar status menjadi isteri orang.
Gerbang bahagia sudah tersergam menunggu detik untuk dilangkahi.
Segala perancangan sudah hampir selesai dipenuhi, diukur dan diberi perincian tetapi selaku manusia yang tidak pernah habis daripada keraguan, sampai ke hujung waktu sekali pun, tetap ada yang bersarang mahukan jawapan.

"Bukan malam-malam sahaja, bahkan bila celik mata sekalipun, saya mula terfikirkan banyak benda.
"Benarkah apa yang sedang saya dilakukan ini, mampukah saya menjadi isteri yang baik, tepatkah pilihan saya, tepatkah berkahwin pada usia ini?
"Itu semua perkara yang tidak seharusnya saya fikir tetapi bermain juga di fikiran," letus suara daripada tubuh

berdarah manis bernama Elyana ini.

Si pelantun Tapak Sulaiman ini sengaja diselak isi sanubarinya. Sebenar juga, lihat daripada hujung ulas bibirnya sahaja, perasaan berkuntum-kuntum di dada sudah jelas terpancar tanpa perlu dia bersuara.
Namun, bukan itu yang mahu dipinta daripadanya. Di sebalik bahagia yang diramal banyak mata, Elyana tetap menyimpan gundah.

Dia juga seperti wanita-wanita lain, selagi belum tiba waktu yang dinanti-nanti, selagi itulah proses 'terapi' dan persediaan diri tidak berhenti.
"Saya tidaklah terlalu beria-ria atau drastik membuat persediaan mental dan fizikal. Saya banyak membaca, melayari Internet dan lihat perkara-perkara yang membahagiakan.
"Setahu saya, manusia mudah terdorong oleh emosi, lihat perkara sedih, kita juga akan berasa sedih. Jadi, saya cuba mencari perkara yang indah dan membahagiakan sepanjang tempoh ini.

"Ibu ialah orang paling banyak membantu, banyak menasihati saya tentang pembawaan diri menjadi isteri.
"Sejak tujuh bulan lalu, saya berpindah ke rumah ibu bapa di Shah Alam. Saya mengelak diri daripada keseorangan atau berfikir perkara yang bukan-bukan.
"Sejak beberapa bulan lalu, setiap hari adalah hari yang sibuk buat saya, sibuk dengan persiapan," katanya meminjam semangat ibu untuk menguatkan hati sebelum bergelar isteri kepada Khairul Anuar Husin, 36.
Cabang seronok

Kaki terdorong badan merasa, lidah terasuh emas padahnya, wanita semuda usia 23 tahun itu cukup pasti.
Nasib badan bergelar artis apa sahaja yang berlaku dalam hidup atau perkahwinannya kelak, baik atau buruk pasti akan perhatian masyarakat.
Lihatlah rumah tangga artis, bergoyang sedikit riuhnya mudah diketahui orang.
"Saya tidak takut untuk berkahwin semata-mata bimbang perihal rumah tangga saya akan menjadi perhatian media.

"Sebagai artis semua perkara akan mendapat perhatian. Jadi itu bukan isu yang perlu saya takutkan," katanya yang akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini.
Terheret dengan usul pernikahan pada usia mentah, penyanyi serta pelakon berusia 23 tahun itu tampak jelas.
Keinginan menamatkan zaman bujang terzahir untuk melengkapkan sebuah fasa kehidupan, itu penegasan oleh pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal.

Dia tidak terdesak mengikut trend rakan-rakan yang sudah berkahwin.
Kata Elyana, dia sendiri sudah memulakan karier seawal usia 14 tahun.
Seperti memasuki alam dewasa ketika masih kanak-kanak, faktor itu antara pendorongnya untuk pantas matang dan sedia beralih fasa seterusnya dalam hidup.

Dia juga sudah puas meratah segala keseronokan dan kebebasan sepanjang melalui usia remaja dan zaman bujang.

"Cara saya berseronok dan bergaul semasa saya remaja dan bujang mungkin tidak sama seperti yang dibayangkan orang.
"Saya berada di sekeliling orang dalam dunia seni dan kawan-kawan. Dalam umur sekarang, saya sudah ada karier, kereta, rumah serta sedikit aset masa depan.
"Berkahwin pula akan memberikan satu lagi cabang keseronokan buat saya di samping menambah bilangan ahli keluarga," katanya.
Berbunyi bernas dan serius atas setiap pegangan yang dipertuturkan, penyanyi yang diperkenalkan dengan lagu Niat dan popular menerusi sitcom Dunia Baru itu tidak merasakan satu kerugian berkahwin pada usia sekarang.

Menganggap takdir dan jodoh sudah sampai ke bahagian hidupnya, Elyana berkongsi gembira bakal menjadi pelengkap kepada Khairul.
Selepas salam perkenalan bertaut rapi pada 9 April 2006, mereka mengikat pertunangan pada 25 Julai 2009.

Menyingkap pertembungan dua jiwa itu, penyanyi yang sedang berkira-kira untuk tampil dengan single terbaru, Waktu Dulu-Dulu menjelang Disember ini membuat pengakuan.
"Kami berdua berbeza secara total. Khairul lebih matang berbanding saya, mungkin sebab itulah dia arif menangani emosi saya yang sering tidak menentu.
"Dia lebih rajin dan saya agak pemalas. Mungkin disebabkan sudah berusia, hidupnya lebih rileks, lepas kerja terus balik rumah dan saya pula jenis yang aktif.

"Jadi, saya menyumbangkan sedikit warna ke dalam hidupnya dan dia menjadikan saya seorang yang lebih rileks.
"Sikap penyayang melampau Khairul terhadap budak-budak membuatkan saya semakin menyukainya.
"Satu lagi, kami berkongsi minat yang sama. Kami suka membeli-belah terutama untuk dihadiahkan kepada orang lain.
"Jadi, untuk lokasi berbulan madu nanti, kami kena pilih tempat yang menjadi syurga beli-belah," ujarnya.

Menggunakan khidmat Saidatulnisa Aminuddin, Fahmi dan Amy Janz selaku jurusolek untuk majlis pernikahan dan persandingannya, kongsi Elyana, dia bakal mengenakan persalinan yang disediakan oleh Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Haswani Osman.

"Persiapan perkahwinan dilakukan bersama-sama keluarga dan teman-teman, tetapi saya yang memutuskan sendiri setiap inci agenda hari besar saya," katanya.
Elyana menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ari Wedding Couture untuk melakarkan pelamin ratu seharinya bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, 19 dan 20 November nanti.

12 November 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia

11:31:00 AM 1 Comments

Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.


11 November 2010

Edison Chen nafi kahwin

12:11:00 PM 0 Comments
EDISON CHEN ternyata masih ramai peminat. Ketika menghadiri acara fesyen di Sanlitun, Beijing baru-baru ini, dia yang menghentikan kegiatan seninya di Hong Kong selepas terbabit dengan kontroversi skandal seks dan foto bogel bersama beberapa aktres terkenal Hong Kong sebelum ini telah dikejar gerombolan peminat fanatiknya yang menyebabkan keadaan di situ bertukar menjadi hiruk-pikuk.

Pada acara itu dia telah ditemu bual oleh Sina Entertainment dan apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Vincy Yeung, Edison dalam tawa menafikannya.

Katanya: "Kami belum bersedia nak kahwin. Jujur cakap, sehingga detik ini pun, kami tidak pernah terfikir untuk berkahwin."

Edison menegaskan perkahwinan tidak lebih sekadar suatu label. "Bagi saya, perkahwinan hanyalah label. Berkeupayaan hidup bersama setiap hari di samping Vincy pun sudah cukup."

09 November 2010

Tarikh kahwin Ezlynn 11.11.11

12:56:00 PM 0 Comments
PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.

“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.

Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan.

“Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu,” kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya.

Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada ‘tarikh keramat’ 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,

Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.

“Sememangnya tarikh tersebut agak menarik dan mudah untuk diingat. Ibu pun sudah memilihnya, justeru andai tiada sebarang halangan, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut,” ungkapnya.

Bunting pelamin

Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.

Sehubungan itu, Ezlynn mengakui fobia dengan isu kahwin cerai di kalangan masyarakat kini, khususnya artis.

“Saya mengakui agak bimbang kerana baginya penceraian akan hancurkan setiap impian yang dibina, katanya lagi.

Jelas Ezlynn lagi, dia tidak akan berhenti menjadi penghibur walaupun telah bergelar isteri. Walaupun menjadi ibu, Ezlynn tidak akan berhenti untuk terus menjalankan aktiviti sebagai seorang insan yang bergelar artis.

“Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan saya lebih gembira jika ditakdirkan bunting pelamin,” jawab Ezlynn sambil ketawa besar.

Bercerita pula tentang karier, Ezlynn memberitahu dia sedang menunggu filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari depan.

Filem aksi komedi arahan Dharma Harun Al-Rashid yang berjudul Adik Manja Return juga menampilkan pelakon jelita Rozita Che Wan, Kenchana Dewi, Scha Al-Yahya, Faezah Elai, Jihan Raja Lawak dan Fida.

“Adik Manja Return diberi suntikan zaman kini dan masih lagi mengekalkan jalan cerita Adik Manja. Filem itu mengisahkan tentang kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta,” ujarnya

25 October 2010

Jangan pandang serong - Alyah

11:40:00 AM 0 Comments

KINI dia sudah boleh tersenyum puas. Namanya sudah semakin dikenali ramai dan sering meniti di bibir peminat. Hasil usaha kerasnya telah menampakkan hasil dan keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya untuk meninggalkan bidang nyanyian beberapa tahun lalu ternyata satu pilihan yang tepat.

Alyah yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang mengakui bukan senang untuk mencapai tahap seperti yang digapainya pada hari ini. Biarpun sudah menyanyi sejak 10 tahun yang lalu, namun masih ramai yang tidak mengenali dirinya sebagai seorang artis.

Pernah menjuarai program Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) pada tahun 2000 dan melahirkan album selepas itu sehinggalah menyertai program realiti TV, One In A Million, namun namanya masih tidak mampu melekat di hati peminat.

"Bayangkan perjalanan karier saya cukup panjang iaitu hampir 10 tahun lamanya tetapi masih lagi tidak dikenali, sudah tentu saya kecewa. Pelbagai cara telah saya lakukan, namun tidak menampakkan hasil hingga menyebabkan saya pernah terfikir untuk terus berhenti menyanyi sahaja.

"Sehinggalah saya telah dinasihatkan oleh penyanyi, Nora, dan suaminya Johan Nawawi supaya terus bertahan. Kata mereka, saya memang memiliki bakat dan ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi. Cuma masa dan keadaan sahaja yang menentukan dan mereka meminta agar saya bersabar," ujar Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan.

Atas nasihat yang telah diberikan, ujar Alyah, dia amat berterima kasih kepada pasangan suami isteri itu dan nasihat tersebut tidak akan dilupakan sehingga bila-bila. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan yang ditujukan kepada ahli keluarganya yang banyak mendoakan kejayaannya selama ini.

Menurutnya lagi, tahun 2009 adalah tahun yang mula memberi sinar apabila namanya mula meniti di bibir peminat. Dia tidak menafikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Habsah Hassan itu telah mengubah landskap kariernya sebagai penyanyi dan terus bertapak kukuh sehingga sekarang.

Bagaimanapun, memandangkan kini dia semakin dikenali dalam industri muzik tanah air, tidak dinafikan Alyah juga turut berhadapan dengan beberapa kontroversi yang dilihat boleh menjejaskan reputasinya. Daripada kritikan terhadap penampilannya sehinggalah permasalahan dengan beberapa individu yang turut menjadi tumpuan peminat.

Antaranya, tindakan pihak-pihak tertentu yang mengkritik mengenai penampilannya sekarang ini dan menganggapnya sebagai mangsa fesyen apabila tampil dengan pakaian yang agak pelik ketika menghadiri beberapa acara atau semasa membuat persembahan.

"Memang saya ada membaca pelbagai kritikan yang disiarkan di dalam blog atau forum terutamanya mengenai imej yang saya tampilkan. Malah, ada juga yang menuduh saya cuba untuk meniru gaya fesyen artis-artis Barat.

"Pada mulanya memang agak terasa juga, tetapi lama-kelamaan saya sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan itu. Biarpun ada yang mengutuk, namun apa yang lebih penting adalah ramai juga peminat yang suka dan dapat menerima perubahan saya ini," ujarnya.

Tutur Alyah lagi, tindakannya yang tampil dengan gaya pelik adalah semata-mata untuk mencari kelainan dan mencipta identiti tersendiri. Menurutnya, dia seorang individu yang suka mencuba sesuatu yang baru dan berbeza daripada yang lain termasuklah dari segi fesyen.

Tambahnya lagi, sebagai seorang penyanyi adakalanya kelainan itu juga penting dan turut memainkan peranan untuk seseorang itu lebih dikenali bukan kerana nyanyian sahaja, malah dengan gaya penampilan diri yang ditonjolkan.

Kontrak tamat

Selain tampil dengan gaya yang tersendiri, pastinya ramai yang telah mengetahui beberapa kisah kontroversi yang dialami penyanyi yang berasal dari Gelang Patah, Johor itu.

Antaranya, perbalahan yang berlaku di antara dia dengan Riz AF6 berhubung lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara duet oleh kedua-dua penyanyi berkenaan. Difahamkan, Alyah tidak berpuas hati dengan tindakan Riz yang mengambil lagu tersebut untuk dinyanyikan semula secara solo.

Begitu juga dengan kisah dirinya yang telah difitnah oleh seorang jurusolek melalui laman sosial Facebook pada awal tahun ini. Dia dikatakan menjual diri serta mempunyai anak hasil hubungan sulit dengan seseorang yang tidak diketahui sehingga terpaksa membuat laporan polis.

Kini, yang terbaru adalah tindakannya menamatkan perkhidmatan Sam Kassim sebagai pengurus secara tiba-tiba yang menimbulkan persoalan ramai pihak. Ada juga desas-desus yang mengatakan Alyah seorang penyanyi yang tidak berdisiplin sehingga pengurus tersebut tidak mahu lagi bekerjasama dengannya.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu ramai pihak yang salah sangka dengan perkara tersebut. Sebenarnya tidak timbul persoalan mengenai kami berdua bergaduh ataupun saya dikatakan penyanyi yang tidak berdisiplin.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak Sam menjadi pengurus kini sudahpun tamat. Ketika hendak mengambilnya menjadi pengurus dahulu, memang saya menawarkan kontrak perjanjian selama tiga bulan sahaja," ujarnya.

Pada masa yang sama, Alyah memberitahu dia berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Sam. Namun kontrak pengurus tersebut tidak terus disambung kerana dia sendiri tidak mampu untuk membayar gaji pengurus.

Tambah Alyah, memandangkan dia tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman ketika ini menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mengembangkan lagi kariernya dan ia sudah tentu melibatkan kos yang besar.

"Memang tiada langsung masalah antara saya dan Sam Kassim dan tidak benar jika ada yang kata kami berdua bergaduh. Walaupun tidak lagi menjadi pengurus, namun sesekali dia juga ada memberi peluang show kepada saya," ujarnya.


22 October 2010

Jessica mabuk cinta

10:42:00 AM 0 Comments

BIAR sibuk dengan jadual kerja yang padat, itu bukan alasan bagi Jessica Simpson untuk memenuhkan hatinya dengan cinta. Sejak beberapa bulan lalu, penyanyi dan bintang realiti televisyen ini juga sedang sibuk bercinta dengan kekasih barunya, Eric Johnson.

"Dia selalu ada dengan saya dan menjadi pendorong pada saat-saat saya sedang sibuk sekarang ini. Setakat ini, hubungan kami begitu intim. Saya sayangkan dia," kata Jessica penuh bahagia.

Jessica mula keluar dengan Eric pada Mei tahun ini dan sejak itu hubungan mereka dilihat terus intim. Eric dilihat selalu berada di samping Jessica malah pernah meraikan ulang tahun penyanyi itu di Itali.

Penyanyi itu turut menjelaskan, buat masa ini, dia dan Eric sangat bahagia dan gembira menikmati masa bersama. Dia juga mengaku sering mengikut Eric melakukan hobinya.

"Dia sukakan seni. Jadi saya akan menemani dia ke galeri seni. Dia juga sukakan fotografi, saya tidak ketinggalan menyokong terus," katanya.

Jessica kemudian menambah, sikap Eric yang begitu mengambil berat dan menyokong setiap perkara yang dilakukannya telah membuat dia jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Katanya: "Saya tidak boleh meminta lelaki yang lebih baik daripadanya. Buat masa ini, dia lelaki terbaik dalam hidup saya."