Follow Us @asrialigur

22 October 2010

Jessica mabuk cinta

BIAR sibuk dengan jadual kerja yang padat, itu bukan alasan bagi Jessica Simpson untuk memenuhkan hatinya dengan cinta. Sejak beberapa bulan lalu, penyanyi dan bintang realiti televisyen ini juga sedang sibuk bercinta dengan kekasih barunya, Eric Johnson.

"Dia selalu ada dengan saya dan menjadi pendorong pada saat-saat saya sedang sibuk sekarang ini. Setakat ini, hubungan kami begitu intim. Saya sayangkan dia," kata Jessica penuh bahagia.

Jessica mula keluar dengan Eric pada Mei tahun ini dan sejak itu hubungan mereka dilihat terus intim. Eric dilihat selalu berada di samping Jessica malah pernah meraikan ulang tahun penyanyi itu di Itali.

Penyanyi itu turut menjelaskan, buat masa ini, dia dan Eric sangat bahagia dan gembira menikmati masa bersama. Dia juga mengaku sering mengikut Eric melakukan hobinya.

"Dia sukakan seni. Jadi saya akan menemani dia ke galeri seni. Dia juga sukakan fotografi, saya tidak ketinggalan menyokong terus," katanya.

Jessica kemudian menambah, sikap Eric yang begitu mengambil berat dan menyokong setiap perkara yang dilakukannya telah membuat dia jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Katanya: "Saya tidak boleh meminta lelaki yang lebih baik daripadanya. Buat masa ini, dia lelaki terbaik dalam hidup saya."

No comments: