Follow Us @asrialigur

02 October 2018

Dapat Tin Bus dan Kereta

1:39:00 AM 0 Comments

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Hari ni Asri dapat Lagi pancing Tin ..

Pelbagai Jenis Tin Yang Asri dapat dengan harga berpatutan.Memang Rezeki la malam ni dapat menambah Koleksi Tin.

Tin yang Asri dapat ni semua cantik dan berbaloi masih dalam keadaan baik walaupun sudah seconhand.


Tin Lori Milo ni memang susah nak cari walaupun ada di dalam Malaysia ni..Tapi bentuk dan gambarannya memang mengancam.


Tin Bas dan kereta ni asri memang minat dan biasa terdapat Di Pasaraya besar atau kedai. Productnya iaitu Jacob,Hershey Dan mvities.collector kali ni memang terbaik.


Tin London Pula Asri beli kat Eco Muar Harganya pun Murah Rm2 sahaja.Cantik dan nampak mewah hahah...


Update Tengah Malam buta ni Tak tau nak Typing apa.Kalau rasa sebutan atau kata salah maaflah ya.Hehe

Apa apa pun memang puas hati dapat tin tin ni semua.Ok by

#collectorTin #heritage #tin #milo #hershey


26 September 2018

Terbayang Amoi Tin Moon Cake Festival

10:57:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Hai Blogger Hai Pembaca Setia heheh ...

Kebelakangan Ni atau bulan bulan yang lepas Asri memang sibuk dan meroyan dengan Tin tin yang dah apa tin tong ni agaknya sampai menghabiskan duit mencari kehulu kehilir Tin tong ni.

Kebanyakkan Tin yang Asri dah dapat tak sempat nak update di blog cuma post Di FB dan Ig sahaja 
tak sempat nak typing di Blog.


Walaubagaimana pun Hari ni apa mimpi atau kerajinan telah berlaku Asri Typing DiBlog.Mungkin Kerajinan Asri Disebabkan beberapa Faktor iaitu Amoi Yang cantik? Atau Festival Moon Cake ?
Tak kisahlah apa Faktor sekalipun Asalkan Para Blogger And Pembaca dapat singgah di Blog Asri sejak dah lama tak datang sini.Terima kasih



Pada isnin yang lepas 24hb 09 2018 yang saya tahu ada Festival Moon Cake yang disambut oleh penganut Budha Atau Orang Cina pada setiap tahun Betul?.Akan tetapi Asri sibuk untuk mencari dan mencari Tin Yang terdapat pada Moon Cake tersebut.

Kenapa?
Kebanyakkan Tin yang terdapat pada Moon Cake tersebut memang Cantik Top Top Hantu Kak limah.Itu yang menjadi tarikan pada Asri.Tin tersebut berbentuk Amoi,perempuan berbaju kebaya dan lain lain.


Itulah punca dan Perkara perkara yang berlaku.
Tin Moon cake ni mahal gak lah siap moon cakes sekali akan tetapi Asri tak beli Kuih Moon Cakes cuma beli tin sahaja.Berbaloi atau pun tidak itu Asri Punya Hal heheh..

Dah dapat Amoi ni lega rasanya.Ni je yang mampu ku dapatkan.Jikalau Ada sesiapa yang baik hati nak bagi Free Tin Moon Cake Silalah Pm Asri..

Boleh Tido lena lepas ni....

15 April 2018

Dah Sibuk Kumpul Tin Pulak

9:21:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 


Dah lama tak hupdate ya.Maklumlah sibuk dengan pelbagai Urusan dan Temujanji ni baru ada kesempatan dan kerajinan nak update.
Walaubagaimanapun,Kebelakangan ini aku sibuk dengan pelbagai dan misi mencari Tin Produk dan segala gala tentang dunia tin.

Minat ini terjebak disebabkan beberapa faktor iaitu Unik bentuk Tin,Pengaruh dan keistimewaan yang ada di Tin tersebut.


Yang dimaksudkan dengan keistimewaan pada Tin tersebut adalah Corak ,Bentuk ,Design dan Gambar Timbul 3D yang menarik minat aku untuk membuat Koleksi simpanan ini.

Produk produk yang biasa mengeluarkan Koleksi Tin adalah
Tin MM ,Kinder ,Jacob , Kitkat , Pocky , Potato ,Mars , Redondo dan Banyak lagi.




Kalau Pergi Pasaraya mesti mencari Tin Jika ada produk produk yang mengeluarkan Koleksi Tin.Memang penuh lah Almari kalau sibuk mengumpul tin ni.Tapi Pada waktu yang sama jugak terpaksa lah aku membeli Sebuah Perabot koleksi nak letak pelbagai tin ini.

Kalau korang nak masuk group Tin Di Facebook boleh la search ( Malaysia Tin Collectors Club )
korang boleh melihat sendiri pelbagai Tin dan Peminat Tin di Malaysia ini.

Setiap manusia pasti ada hobi masing masing korang boleh lah share hobi apa korang buat dan apa yang korang buat koleksi?

sebenarnya ada lagi banyak tin, nanti aku masukkan lagi ya.Sementara sikit sikit dulu.

ok By

29 January 2018

Dinner Year 2018 Memang Kebaboom Makanannya

12:53:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Tahun 2018 sempena tahun baru cina yang bakal tiba pada pertengahan bulan Februari .Syarikat Haiyen Sports Fishing telah membuat satu Jamuan Dinner Yang begitu meriah Tahun ini.Dimana Dinner tahun ini telah diadakan di Hotel Equitorial Melaka.




Pelbagai menu makanan  yang tersedia disini .Termasuk Seafood,pelbagai kek,Coklat,Roti,Aiskrim,buah-buahan,makanan laut dan makanan darat.Dalam hotel ni penuh dikelilingi pelbagai makanan.


(Roti)


Alhamdulillah tahun ni dapat juga merasa seafood yang terdapat didalam Hotel Equitorial ini seperti Ketam,ketam buluh,kupang,pelbagai udang,Dan banyak lagi.( malas nak senaraikan).Tapi kebanyakkan seafood disini cuma Udang je yang aku kurang makan tidak kisah lah ada lobster sekalipun sebab aku pantang benda alah ni.Tapi nasib la ada banyak pilihan lain.hahaha (ketawa besar).



Dan Kebanyakkan juga desert atau pencuci mulut aku tak makan sebab perut dah penuh macam dah tak boleh melantak lagi.Walaupun aku dah banyak banyak makan tadi.Terpusing pusing aku mencari cari makanan.Memang Terbaik tahun ni.Tidak lupa juga kuih tradisional melayu pun ada.Pelbagai kek juga aku dapat makan.


Semasa ambil gambar makanan bos pulak tegur "sebelum makan ambil gambar dulu, makanan sudah kurang" lebih kurang macam tulah. Betul jugak bos aku cakap tu lain kali nak ambik gambar sebelum orang ramai makan tadi. Baru gambar penuh dengan makanan kalau tidak gambar makanan yang terdapat disitu kurang. ( 0k boss).




Gambar gambar yang terdapat disini sikit je aku share ada lagi banyak makanan kat sini.Baru Separuh je gambar aku share.Apa apa pun kalau ada rezeki lagi boleh la buat macam ni di Hotel lain pulak....

ok by

#sekadarkongsi
#bebasBlog
#GroupBloggerMalaysia

15 January 2018

Pageviews My Blog Meletop Lonjak Mendadak

12:59:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Baru First Update Blog Pada tahun 2018 ni Semalam (13/01/2018) .Pageviews Blog aku melonjak Naik tanjat boboy.Tapi Alhamdulillah lah kalau hari hari macam ni kan bagus boleh lah naikkan Ranking Blog Aku ni.Blog Ni pun bukannya Popular macam blog blog lain kan kan.Tapi apa salahnya sesekali popular.


Macam tak percaya pulak traffic sampai macam ni.Tapi apa apa pun terima kasih yang sudi singgah.
Traffic naik mendadak disebabkan Aku citer pasal Rak Ikea je bukan citer pasal Artis yang semakin Top kisah dia sekarang.Siapa tahu alah artis yang suka lempang lempang tu ermmm tak kisah la malas nak tahu pasal orang tak baik.Doa doakan lah semoga artis tersebut menjadi lebih baik.Tapi apa apa pun korang sebagai manusia tidak perlulah cemuh dan suka mengata hal yang kita tidah tahu ok.

kalau korang tak percaya korang tengoklah Pic yang ada .Aku harap rajin rajin lah singgah sini ya .mana tahu boleh Jadi geng ketat hahaahh....

ok by

#GroupBloggerMalaysia
#SekadarKongsi
#Terbaik

13 January 2018

Beli Rak Ikea Kat Shopee #janganPercaya

11:40:00 PM 3 Comments
 Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Barang Shoping Online dari Shoppee sudah sampai.LENNART Drawer unit - IKEA ni order hari selasa hari itu sampai hari ni (sabtu) sekejap je dah sampai takdelah tertunggu tunggu macam menunggu Orang masuk meminang.Harga Rak IKEA berpatutan.


Aku ingat barang IKEA ni sampai sudah siap pasang semuanya.Rupanya Kena pasang sendiri.Adoi Ni yang lemah ni kena belajar memasang pulak.Lama jugak la ambik masa memasang ni dari jam 7.30pm hinggalah jam 9pm lebih kurang.




Punya la lama aku pasang Rak IKEA ni.Orang lain mungkin cepat tapi aku lambat yalah bukan lambat apa dia punya Button tu masalah aku dah rosakkan tulah nak betulkan balik kasi tegak balik.Last last ok aku dah tegakkan Button Skru dia dah ok.

Buat pemasangan ni memang kena cara yang betul kalau cara yang salah memang tak jadi Rak la.Tadi pun semasa buat pemasangan ada juga lah kesilapan tadi salah bengkok nasib baik la boleh settlekan.Kalau korang nak Rak ni dalam keadaan baik dan sihat janganlah buat kerja laju laju pastikan memahami panduan yang telah diberikan.

Nasib baik la aku ni pandai jugak la memasang Rak ni.Walaupun satu kesilapan kecil.Akhirnya Berjaya .Alhamdulillah.Cantik tak?

Ok.By
#GroupBloggerMalaysia
#SekadarKongsi
#CiterSiniCitersana
#ThankU

27 December 2017

Dapat Merasa Acah Acah Potong Kek

12:30:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Hari ni Mesyuarat KRT kali Yang ke 9 dan Yang Terakhir bagi Tahun 2017.Ok tapi aku nak cerita pasal Hari lahir akuYang minit mesyuarat tu tak perlu dibentangkan kat korang.

Pada Tahun ini dapat jugak la merasa potong kek tapi tak potong cuma ambil gambar acah acah potong jer.Kek ini ditujukan pada AJK yang lahir dari bulan 9 hingga 12.Ada 6 orang AJK yang terlibat termasuklah aku.Hari Lahir aku pun dah lepas pada 16/12 yang ke 28 tahun pada tahun ini.Seumur hidup tak pernah pun membuat majlis Hari jadi.Kali ni je dapat jugak Kek Yang sedap ni.



Tapi Alhamdulillah Masih lagi bernafas dan Sihat sentiasa.Dan semoga hari hari sentiasa Sihat dan ceria selalu.


Selama Setahun Dalam AJK macam macam yang telah dipelajari.Semoga Apa yang telah belajar pahit manis semua dalam kenangan.BY By 2017 SELAMAT DATANG 2018.

OK BY

My Instagram : Asrialigur

#16/12
#BIRTHDAYBOY
#SekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia

25 December 2017

Melawat Kawasan Sime Darby Fly Habis !!!

11:27:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Gambar Latar

Hari ni Plan Cuti Christmas Dengan Cousin nak pergi Melawat kawasan Sime Darby Bandar Baru Tangkak Jumpa anak buahnya kerja Disini.Sampai sampai je Kat sini langkah kanan dapat makan durian pastu lepak lepak kejap kat sini untuk menghabiskan waktu rehat dia dari jam 1pm-2pm.

sepupu

acah acah tarik

Kemudian,selesai je melawat sepupu kat Sime Darby Bandar Baru Tangkak,Terus pergi Plan yang kedua Ke Sime Darby Pagoh Pulak.Sime Darby Pagoh ni ikut jalan Highway Ni pun first time ikut highway naik motor 2 orang dengan cousin.Agak gelabah jugak la biasa orang bawak hanya duduk je tapi bila bawak Moto sendiri dengan cousin naik Motor Fuh takut jugak la.Cepat sikit sampai ikut highway ni lebih kurang setengah Jam lebih ke Pagoh.

Sampai sampai Je Sime Darby Pagoh Ambil gambar sekejap sebab kat Sime Darby Pagoh Ni pun ada Sepupu kerja kat sini Bergambar la dengan dia sekejap.Sebab sampai je pagoh dah pukul 3pm dia pun nak balik kerja nasib baik sempat singgah Pos.

sepupu


Kemudian, Terus Pergi Rumah sepupu nak jalan jalan kat rumah dia dan melawat kawasan disini.Tempatnya pun cantik orang orang  dan jiran disini semuanya peramah mesra gitu tak sombong pun.

sampai dengan Naik motor

nampak pulak Belalang Kunyit ni kat rumah sepupu

Sampai je rumah sepupu dia ajak keluar pulak Jalan jalan Pagoh Jaya boleh tahan jugak la maju kat Pagoh ni macam macam pasaraya dan Pelbagai Bangunan nak ditambah baik kan.Pergi Kedai Makan mamak dah lapar.Makan Nasi Goreng Pun boleh tahan sedap jugak.

Nasi Goreng

Lepas je jalan jalan kat Pagoh Balik Terus Pusing kat Kawasan Sime Darby Pagoh ni.Cari Pokok Asam Jawa Untuk dijadikan Bonzai.Tau jelah aku nikan minat Bonsai.Nasib baik la ada Mat India dan Indonesia menolong disini.Baik Budi mereka semua.Peralatan semua diorang sediakan Alhamdulillah.Urusan dipermudahkan.

korek Pokok Asam Jawa

Selesai semua dapat jugak lah 4 pokok Asam Jawa nak dijadikan Bonsai.

Kemudian sesi Photograpy pulak dah,Depan Rumah je tak payah jauh jauh.Dah kesuntukan masa nak balik.

Kami merempit sampai sini




Sampai disini jelah Buat masa ni.Ni pun kelam kabut tadi nak balik Tangkak dah nak malam.sampai je Tangkak dalam Kul 7pm.Alhamdulillah semuanya selamat .Lain hari lain masa boleh datang lagi dah tahu jalan Ke Rumah Sepupu ni.

Ok By.
Follow IG: AsriAligur

#jalanjalan
#SekadarKongsi
#BukanSekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia