Follow Us @asrialigur

11 November 2010

Edison Chen nafi kahwin

EDISON CHEN ternyata masih ramai peminat. Ketika menghadiri acara fesyen di Sanlitun, Beijing baru-baru ini, dia yang menghentikan kegiatan seninya di Hong Kong selepas terbabit dengan kontroversi skandal seks dan foto bogel bersama beberapa aktres terkenal Hong Kong sebelum ini telah dikejar gerombolan peminat fanatiknya yang menyebabkan keadaan di situ bertukar menjadi hiruk-pikuk.

Pada acara itu dia telah ditemu bual oleh Sina Entertainment dan apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Vincy Yeung, Edison dalam tawa menafikannya.

Katanya: "Kami belum bersedia nak kahwin. Jujur cakap, sehingga detik ini pun, kami tidak pernah terfikir untuk berkahwin."

Edison menegaskan perkahwinan tidak lebih sekadar suatu label. "Bagi saya, perkahwinan hanyalah label. Berkeupayaan hidup bersama setiap hari di samping Vincy pun sudah cukup."

No comments: