Follow Us @asrialigur

Showing posts with label ILMU AGAMA. Show all posts
Showing posts with label ILMU AGAMA. Show all posts

22 September 2011

Selalu Diganggu Jin/saka

1:20:00 PM 1 Comments

Salam Semua

Apa macam korang sume ada yang sakit?jangan sakit hati sudah la.....

Korang ada tersampuk hantu tak?kalau xda bagus Alhamdulillah...bukan apa aq cuma nak kongsi Ayat Ruqyah ni elok kalau-kalau korang ada ?..kalau nak baca Klik sini

Ayat ni elok untuk sesiapa yang ada terkena sihir@ perbuatan orang-orang munafiq@ selalu diganggu pondan siam saka@jin elok digunakan ayat ni....

kalau nak download klik sini


Share

01 April 2011

Hukum Menyambut April Fool

9:40:00 PM 0 Comments

Assalamualaikum…. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

Sumber : http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/6050-april-fool-buat-renuangan-semua.html



Share


13 February 2011

Tangis Terakhir Nabi Muhammad

7:01:00 PM 3 Comments
Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik kembali dan menutup pintu.
Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”

“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.
Fatimah menahan genangan air matanya.

Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan nanar, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bagian dari wajah putrinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah sang pemimpin Bumi.
“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.

“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril.
Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhawatiran.
“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.

“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Surga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.
Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.

Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.

Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.
“Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.”

Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”

Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…“

sumber : Alhabib
Share

21 January 2011

Guna ilmu pertahankan akidah Islam

11:05:00 AM 0 Comments
KELEMAHAN dan kekuatan umat Islam bergantung kepada sikap dan mentaliti mereka dalam mengendalikan urusan kehidupan mereka di dunia ini. Al-Quran dan hadis merupakan rujukan dan panduan kepada umat Islam keseluruhannya.

Apabila umat Islam memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dan hadis, mereka akan menjadi satu umat yang kukuh dan berwibawa. Konteks ajaran al-Quran dan hadis patut difahami dalam perspektif yang luas merangkumi hal ehwal keduniaan dan akhirat.
Ulama-ulama Islam masa silam mengkaji dan memahami Quran dan hadis secara mendalam. Oleh itu mereka mampu mengawal dan memelihara kesahihan dan kebenaran Islam dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman dan cabaran.

Cabaran terhadap akidah dan ajaran Islam yang dihadapi oleh umat Islam adalah pelbagai. Bagi mengatasi masalah ini umat Islam perlu mengkaji kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan masyarakat secara rasional dan bijaksana.
Cabaran terhadap akidah Islam sering ditampilkan dalam bentuk pemikiran dan kefahaman. Bagi mengatasi permasalahan ini perbahasan dan penjelasan secara rasional dan intlektual adalah diperlukan.

Tindakan radikal dan kekerasan dalam menghadapi cabaran akidah adalah tidak bersesuaian dengan nature atau ilmu pengetahuan. Tindakan begini boleh menimbulkan kesan negatif terhadap kewibawaan Islam.
Perbahasan dan perdebatan berkaitan dengan akidah atau doktrin merupakan fenomena biasa bagi negara-negara maju dan sedang membangun. Pengaliran pelbagai ilmu pengetahuan termasuk ajaran agama, doktrin, ideologi, teknologi dan lain-lain bukan sahaja boleh menjadikan sesebuah negara itu maju dalam teknologi malah ia juga berkembang menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan doktrin.

Umat Islam perlu menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang mendalam dan pelbagai supaya setiap pengaliran doktrin dan ideologi yang menular dapat diatasi secara rasional dan hikmah.

Khalifah al-Ma'mun amat berminat terhadap ilmu-ilmu yang menggunakan akal atau logik termasuk falsafah Greek, Sanskrit dan Arab. Ketika pemerintahan beliau pengaliran ilmu-ilmu falsafah daripada Greek dan Rom serta doktrin pelbagai agama menggugat kedudukan akidah Islam berkaitan dengan konsep Tauhid yang dianuti oleh umat Islam.

Ketika ini ulama-ulama Islam begitu tekun mempelajari ilmu-ilmu falsafah, logik dan doktrin agama lain dengan tujuan untuk mempertahan akidah Islam secara rasional dan logik.
Umat Islam dalam negara ini perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang boleh membentuk pemikiran dan jiwa yang mantap dan berhemah. Kurang kepakaran dalam ilmu pengetahuan bukan sahaja boleh melemahkan umat Islam dalam mempertahankan akidah dan ajaran Islam malah ia juga boleh menyebabkan umat Islam kurang bijak dalam tindakan.

Ibu bapa dan umat Islam keseluruhannya perlu menanamkan semangat membaca dan berminat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada daripada orang Islam atau bukan Islam kerana Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya, "Kalau kamu tidak memahami kejahilan maka kamu akan terlibat dalam kejahilan".

Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sumber :
ipislam

Share

07 December 2010

Doakan kebaikan orang lain perkukuh ukhuwah, hapus hasad dengki

2:05:00 PM 6 Comments

DOA adalah cabang ibadah yang penting dalam Islam dan melambangkan sikap kehambaan terhadap Allah. Biasanya kita hanya memanjatkan doa memohon sesuatu hajat tatkala berhadapan dengan permasalahan hidup.

Berdoa sebenarnya adalah satu rutin yang seharusnya dijadikan acara wajib dalam diri setiap mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Doa itu adalah otaknya ibadah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Kenyataan Rasulullah SAW ini merujuk hakikat doa sebagai ibadah yang jelas memperlihatkan unsur perhambaan kepada Allah.
Ada satu kehebatan dalam ibadah berdoa itu ialah bagaimana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berdoa untuk orang lain. Ini bermakna doa tidak terhad kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerana Islam melebarkan anjuran berdoa untuk kebaikan semua.

Apabila kita berdoa untuk orang lain, doa akan diaminkan oleh malaikat dan sangat mustajab dikabulkan seperti doa untuk kedua ibu bapa, teman, guru dan saudara muslim lain yang berada jauh dari kita.

Mereka tidak tahu pun kita mendoakan untuk mereka, namun doa dalam kategori ini sangat mustajab dan cepat dimakbulkan Allah. Contohnya, apabila mendapat tahu ada teman ditimpa kesusahan atau penyakit, maka sangat afdal untuk kita mendoakan teman itu.

Berdoa untuk orang lain melambangkan ikatan silaturahim yang kuat dan mantapnya roh kasih sayang dalam jiwa seseorang mukmin. Bayangkan bagaimana harmoni dan indahnya kehidupan masyarakat dan negara, jika semua mukmin saling berdoa untuk kesejahteraan saudara yang lain.
Ini sekali gus menghakis rasa dengki dan menghidupkan kehidupan ukhuwah. Berdoa untuk insan lain juga satu manifestasi iman dan takwa, lambang keprihatinan dalam hubungan sosial yang perlu ditonjolkan umat Islam.

Umat Islam diingatkan supaya berlumba melakukan kebaikan dan satu cara mudah untuk membuat kebaikan ialah mendoakan orang lain. Doa ada tautan kasih sayang kerana apabila berdoa kita akan terbayang wajah pihak yang didoakan.

Bagaimanapun, janganlah pula mendoakan sesuatu yang buruk terutama apabila berlaku salah faham atau atas dasar kepentingan tertentu kerana bercanggah dengan suruhan Allah.

Jangan kita memperlekehkan kepentingan berdoa dalam usaha meringankan penderitaan orang lain kerana doa adalah senjata ampuh yang bermustajab selain mampu membina nilai kasih sayang sesama mukmin.

06 December 2010

Pendidikan seks mesti berteraskan agama

2:30:00 PM 0 Comments
Sukatan pelajaran perlu ambil kira adat ketimuran demi pengukuhan jati diri, sahsiah pelajar

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.
Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam.

Pesanan tegas Rasulullah ini amat mendalam maknanya dan manifestasi kejituan akidah Baginda. Sabda Baginda yang maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supaya aku meninggalkan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan atau aku binasa tanpanya.”

Pendidikan pada zaman Rasulullah adalah bersepadu, disulam antara perkara duniawi dengan ukhrawi. Ia tidak memisahkan keduanya demi mencapai akidah yang sejahtera. Inilah pendekatan Rasulullah dalam mendidik sahabat Baginda yang kemudiannya membentuk generasi berteraskan al-Quran.

Syor Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan seks di sekolah mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyokong dan tidak kurang membantah.
Terbaru, Persatuan Ulama Malaysia meminta diadakan penerangan mengenai sukatan pelajaran pendidikan di sekolah. Hal demikian mungkin terhasil kerana kekurangan maklumat mengenai syor kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Apatah lagi jika modul pendidikan seks yang diambil itu berdasarkan pendidikan seks di Barat kerana seks di sana sudah menjadi norma masyarakat sedangkan di Malaysia gaya hidup ketimuran masih dipertahankan.

Pendidikan seks yang dicadangkan seharusnya memberi penekanan aspek keagamaan dan ketimuran. Mungkin alternatif lebih baik ialah mentransformasi pendidikan agama di sekolah kepada objektif mengukuhkan akidah pelajar dan pada masa sama menerap nilai murni dan sahsiah diri.

Dengan kemantapan akidah, sudah pasti apapun ujian yang hadir akan dapat ditangkis. Kalimah tauhid yang menjadi pemangkin kepada akhlak mulia mempunyai pengaruh besar kepada keperibadian seseorang.

Berbalik kepada pendidikan seks di sekolah, saya berpandangan penting elemen kerohanian berteraskan agama Islam diberikan penekanan sepenuhnya. Metodologi pendidikan Islam harus ditransformasi bagi memberi peluang guru agama mengajar pendidikan seks mengikut acuan yang disediakan oleh agama.

Mewujudkan sesuatu mata pelajaran baru yang asing daripada subjek lain akan hanya menambah beban kepada guru dan murid.

Manakala memasukkan beberapa tajuk dalam mata pelajaran sedia ada dan memisahkan daripada agama, memberi isyarat kepada pelajar Islam bahawa melakukan seks adalah norma masyarakat Islam dan melakukannya tanpa pernikahan diterima oleh masyarakat.

Islam sudah menggariskan seks dengan terperinci. Pada saat seseorang itu mencapai umur baligh dan ditaklifkan dengan dosa serta pahala sudah diajar cara penyucian diri, kebersihan fizikal dan rohani.

Selain itu, pelajar juga perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menggalas dosa dan pahala. Pertimbangan inilah yang perlu disemai kepada yang baru mencapai umur baligh dan menyediakan mereka ke alam kematangan.

Apabila pelajar ini matang, dengan berbekalkan akidah yang mantap, sudah pasti mereka tidak mudah terjebak ke lembah hina untuk melakukan seks di luar nikah ataupun lebih dahsyat lagi, terjerumus ke alam pelacuran.

Dalam apa juga keadaan, agama sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Memperkenalkan suatu perkara baru yang begitu asing daripada adat dan susun atur masyarakat perlu dikaji. Agama aspek penting yang membentuk jati diri orang Islam.

06 November 2010

70 Dosa - dosa Besar

3:59:00 PM 2 Comments

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA
BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)*
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)*
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah
laa....idea dan fatwa bodoh)*
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

02 November 2010

Gelap Hati punca MAksiat

12:34:00 PM 0 Comments
Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: “Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT.”

Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.

Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan”.

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.

Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.

Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.

Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-’Ijlan dari al-Qa’qa’ Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.

“Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar”.

Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: “Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.

Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut”.

Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: “Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.

Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.

Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.

Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.

Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

p/s jauhkan maksiat untuk selamat di Akhirat.....

12 October 2010

Isu penghinaan terhadap umat Islam ditangani secara berhemah

1:10:00 PM 0 Comments

ISU pembakaran al-Quran di beberapa negara Eropah serta siri penghinaan terhadap Nabi Muhammad sejak akhir-akhir ini suatu ujian besar terhadap umat Islam yang perlu ditangani dengan penuh hikmah dan toleransi.

Islam sebagai agama yang sentiasa mendidik umatnya supaya bersederhana serta berlapang dada tatkala berhadapan dengan segala bentuk provokasi serta kecaman golongan yang memusuhi Islam sewajarnya menolak segala pendekatan secara kekerasan, melulu serta emosional. Kita jangan cepat melatah dengan permainan musuh Islam yang sentiasa mengambil peluang untuk melihat Islam digambarkan sebagai agama radikal atau melampau.

Dalam hal ini, Rasulullah sentiasa mengingatkan perkara ini dalam hadis bermaksud: “Jika ada seseorang yang mencelamu, janganlah kamu membalas dengan celaan juga.”

Penghinaan demi penghinaan diterima umat Islam sebenarnya bukan perkara baru kerana sejak zaman Rasulullah lagi golongan bukan Islam melakukan pelbagai bentuk kutukan dan kebencian hingga Allah menurunkan ayat al-Quran seperti yang berlaku ketika Saidina Hamzah Ibni Abu Talib dizalimi golongan kufur apabila mayatnya disiat bagaikan seekor haiwan.

Firman Allah bermaksud: “Jika kamu ingin melakukan pembalasan, balaslah seperti yang telah mereka lakukan. Tetapi, memberi kemaafan itu jauh lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” ( Surah An-Nahl: 126 ).

Dalam konteks hari ini, umat Islam diingatkan tidak terikut-ikut dengan keburukan tingkah laku musuh agama yang berusaha mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan ummah melalui pelbagai bentuk yang menghiris hati dan perasaan umat Islam.

Namun, sebagai umat terbaik yang diiktiraf Allah, kita perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan itu. Tidak perlulah kita menunjukkan kemarahan dengan melakukan protes melampaui batas seperti berteriak, mengadakan perhimpunan mengganggu ketenteraman awam serta bersikap biadab dan kurang ajar terhadap orang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan sebagai umat yang bermaruah dan mempunyai harga diri, perasaan marah tetap tidak dapat disembunyikan.
Justeru, Islam menganjurkan kita sebaik-baiknya berfikiran terbuka serta memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada mereka supaya tidak lagi bertindak mengelirukan kefahaman orang lain.

Penghinaan yang berlaku dari semasa ke semasa sama ada di dalam atau luar negeri seperti menuduh ayat al-Quran sebagai sumber keganasan, melabelkan Nabi Muhammad dalam bentuk karikatur yang tidak selayaknya, menghina cara umat Islam bersolat dan lain-lain lagi sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri. Inilah saat umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira fahaman mazhab dan ideologi politik merapatkan ukhuwah, menjalinkan ikatan persaudaraan serta memadamkan segala prasangka dan sengketa yang wujud selama ini untuk sama-sama menghadapi musuh sebenar.

Sudah sampai waktunya umat Islam membina kekuatan sebenar baik dalam bidang ekonomi, politik dan ilmu persenjataan selain menguasai teknologi maklumat dan rangkaian multimedia supaya tiada lagi usaha penghinaan melampau daripada pihak musuh terhadap syariat Islam yang mulia ini.

11 October 2010

Rahsia dan hikmah tersirat di sebalik ibadat haji

12:25:00 PM 0 Comments

Rukun Islam kelima simbolik kesatuan umat sejagat tingkatkan ketakwaan kepada Allah


FIRMAN Allah bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji nescaya mereka akan datang kepada (Rumah binaanmu) dengan berjalan kaki, dan berkenderaan jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (corak rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah bagi mereka serta menyebut nama Allah pada hari tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan haiwan ternak untuk dijadikan korban.

Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, dan yang fakir miskin.” Surah al-Hajj, ayat 27-29.

Ibadah haji mempunyai hikmah dan rahsia tertentu bagi memenuhi dua tuntutan iaitu dari segi rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Ia juga banyak mengandungi hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik ibadah berkenaan.

Ibadah haji tidak diwajibkan hanya berzikir kepada Allah SWT, menziarahi tempat suci dan menjejaki kesan para nabi, tetapi tujuannya lebih besar iaitu menyatukan umat yang berpecah-belah, berunding dan berbincang, supaya masing-masing kembali ke tanah air membawa azam yang mulia agar menjadi umat yang baik dan bersepadu.

Allah memilih tempat berkat yang pernah menerima rahmat sejak nabi Adam dan Ibrahim AS serta anak cucu mereka yang juga penutup segala nabi untuk mengajar manusia betapa pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara mereka. Jalan yang dilalui oleh mereka itu hanya satu jalan saja iaitu jalan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin.

Ibadah haji yang dilaksanakan dengan pakaian ihram tidak berjahit, tawaf mengelilingi Baitullah, saie di antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, melontar Jamrah, menyembelih haiwan dan dam semuanya mengandungi erti simbolik dan menjadi tujuan utama daripada penunaian ibadah haji.
Ihram yang menjadi nasak ibadah haji pertama dilakukan, membawa erti pembebasan diri daripada keinginan hawa nafsu dan daya tarikan daripada pengaruh luar selain Allah.

Ihram melambangkan penumpuan sepenuhnya kepada kebesaran dan keindahan zat dan sifat Allah. Membebaskan ikatan kedudukan dan pangkat, darah, keturunan, harta, miskin, kaya yang sering memisahkan seseorang daripada saudara seagama dan kemanusiaan.

Tawaf di Baitullah al-Haram diperlukan mengelilingi sebanyak tujuh keliling walaupun bersesak keadaannya dalam mencari ketaatan kepada Allah. Saie antara Safa dan Marwah dilakukan selepas tawaf, membayangkan erti mengejar rahmat dan pengampunan Allah.

Wukuf di Arafah pula, mengertikan pengorbanan perasaan takutkan Allah. Dengan doa restu yang dimohon dan harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah. Di sinilah kemuncak ibadah haji, tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas lama mereka berpisah sejak diturunkan dari syurga.

Melontar Jamrah adalah simbol kutukan kepada unsur kejahatan yang sering membinasakan manusia. Melontar juga membayangkan keazaman dan tekad untuk tidak lagi melakukan amalan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat.

Penyembelihan haiwan untuk membayar dam mengertikan kesucian kerana darah yang ditumpahkan itu seolah-olah darah kotor, dan membayangkan pengorbanan kerana menuntut keredaan Allah.

Antara implikasi yang sangat berfaedah diperoleh daripada pelaksanaan ibadah haji, menurut Dr Yusuf Qaradawi ialah:

· Mengisi bekalan kerohanian bagi hati dan jiwa manusia dengan iman dan takwa. Dengan keazaman dan semangat meningkatkan ketaatan kepada Allah, kecintaan kepada rasul-Nya, kesedaran tanggungjawab terhadap sesama Islam pada keseluruhannya.

Tanah suci dan tempat yang dilawatinya meninggalkan kesan mendalam pada hati seseorang Muslim, dan bila pulang ke tanah air dengan hati yang bersih, berakhlak mulia dan semangat menentang segala bentuk kemungkaran. Jika haji dikerjakan itu mabrur dan ikhlas, kesannya lebih positif berfungsi melahirkan manusia berwawasan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan kekotoran dosa dan kefasikan, nescaya bersih daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan ibunya.”

· Ibadah haji berfungsi meluaskan ufuk pemikiran seorang Muslim, menghubungkan dirinya dengan alam sekitar, dengan mening-galkan keluarga, tanah air, berkorban harta benda dan jiwa, bertujuan melatih manusia supaya bersedia menanggung kepayahan.

· Dari aspek kebendaan, ibadah haji membuka peluang mengadakan pertukaran barang perniagaan di kalangan umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Tiada apa-apa kesalahan bagi kamu untuk mencari kelebihan rezeki daripada Tuhan kamu.” Surah al-Baqarah, ayat 198
Perlu diingat urusan perniagaan tidak menjejaskan ibadah haji seseorang.

· Menyemarakkan semangat perpaduan, melatih insan menghidupkan prinsip kemanusiaan yang tinggi dan mulia yang dibawa Islam. Perpaduan dan dasar kesatuan ummah sejagat. Pada masa jahiliah orang Arab mengambil kesempatan pada musim haji untuk menunjukkan kemegahan masing-masing, dengan keturunan dan pangkat. Lalu Rasulullah SAW menyampaikan ucapan yang sangat penting untuk mengajar mereka ajaran Islam yang bersifat antarabangsa.

Antara kandungan ucapan Baginda ialah: “Wahai manusia, Tuhan kamu satu, bapa kamu juga satu, ingatlah tiada keistimewaan orang Arab atas orang bukan Arab, tiada keistimewaan kulit putih atas kulit hitam, tiada keistimewaan kulit hitam atas kulit putih, kecuali kerana takwa.”

· Mewujudkan rantau aman dan sejahtera dalam tempoh ibadah haji. Tetamu Allah di Tanah Suci mengadakan perjalanan yang aman menuju bumi dijamin Allah, bumi yang dibangun padanya Baitul Haram (Rumah yang dikawal).

Kawasan aman dikenali sebagai Tanah Suci, bukan hanya menjamin kepada manusia, tetapi meliputi burung di udara dan di daratan, pokok dan rumput rampai semuanya wajib diberi perlindungan, tidak boleh dibunuh haiwan dan dipotong pokok. Inilah keamanan yang tidak pernah dirasai mana-mana kawasan dunia lainnya yang dianugerahkan Allah Taala.

· Muktamar dan perhimpunan agung sedunia ada dalam ibadah haji. Mereka menghadiri muktamar ini tidak diundang mana-mana pihak selain Allah. Allah mewajibkan hamba-Nya menunaikan ibadah ini setiap tahun.

Dalam muktamar tahunan ini, semua golongan masyarakat hadir menemui saudaranya seluruh dunia, pemimpin, tokoh politik, ulama dan sebagainya berbincang mencari persefahaman untuk mewujudkan suatu jalan yang lebih baik bagi mencapai cita dan wawasan umat Islam sejagat.

Rasulullah SAW mengingatkan umatnya betapa pentingnya muktamar ini, yang mana Baginda menaiki mimbar dan berucap yang menyentuh kepentingan seluruh umat Islam pada musim haji wadak, iaitu hubungan antarabangsa dibincang bersama dalam kesempatan berkenaan.

28 September 2010

Perkara Ganjil Sang Penggali Kubur

11:02:00 AM 0 Comments


Ada seorang pemuda yang kerjanya sebagai penggali kubur tetapi memiliki kebiasaan jelek yaitu mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan penyesalan serta keinginannya untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Karena itualah aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan aku ingin sekali bertaubat.”

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Allah S.W.T. pun menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, untuk membedakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok saat mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan sholat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya sholat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Tetapi saat aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu menggelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak dari perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang durhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak ridho kepada manusia yang mendurhakai ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuhnya,” sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka melakukan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w.pernah bersabda, Barang siapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umatku,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, pada siang hari liang lahatnya kering kerontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahatnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang memperoleh keridhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan walaupun hanya amalan sebesar biji zarah.

"YANG HIDUP PASTI AKAN MATI"

21 September 2010

potong kuku

11:59:00 AM 1 Comments


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.Lihat seterusnya..

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!