Follow Us @asrialigur

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

01 January 2011

Merawat penyakit bab 7

11:04:00 AM 0 Comments

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah Rahim

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menghilangkan Angin

Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

30 November 2010

Tips Turunkan Berat Badan

10:41:00 AM 5 Comments

Tips 1 – No soda!
Jika Anda minum soda, Anda harus menyingkirkannya. Soda memiliki rata-rata 40 gram gula per kaleng ukuran 12 oz . 40 gram gula adalah semua yang Anda butuhkan sepanjang hari untuk bertahan hidup. Anda bisa mendapatkan 40 gram gula dari makan makanan yang seimbang.

Tips 2 – Minum banyak air!
Anda harus minum 8 – 8 oz gelas per hari. Tinggalkan soda dan minum banyak air dan Anda akan melihat berat badan anda turun.

Tips 3 – Makan 4-5 makanan kecil sehari bukan 3 kali makan besar.

Metabolisme Anda akan punya kesempatan yang lebih baik membakar makanan yang masuk jika Anda mengkonsumsi porsi kecil. Anda tidak mau makan makanan berat. Anda hanya dapat membakar begitu banyak sebelum berubah menjadi lemak. Makan makanan yang lebih kecil akan memungkinkan Anda untuk sepenuhnya membakar makanan yang masuk sebelum berubah menjadi lemak.

Tips 4 – Rasio Karbohidrat terhadap Protein!
Anda harus memiliki karbohidrat yang lebih tinggi terhadap protein di awal hari, dan protein yang lebih tinggi untuk rasio karbohidrat untuk selanjutnya.

Tips 5 – Jangan konsumsi karbohidrat setelah jam 7 malam!
Karbohidrat berubah menjadi gula. Anda ingin waktu yang cukup bagi tubuh Anda untuk dapat membakar gula. Jika Anda makan karbohidrat larut malam dan pergi ke tempat tidur, karbohidrat akan berubah menjadi gula kemudian menjadi lemak. Anda harus makan sejumlah kecil karbohidrat di malam hari dan memberikan waktu bagi tubuh Anda untuk membakarnya.

Tips 6 – Olahraga!
Anda harus memiliki beberapa bentuk latihan sekitar 1 jam sehari. Berjalan adalah cara yang bagus untuk menghancurkan lemak. Rencanakan untuk membawa anjing Anda (jika Anda memilikinya) selama 1 jam berjalan sehari. Jika Anda punya anjing dan tidak olahraga, kemungkinan si anjing bisa tambah beberapa kilogram juga. Pergi ke gym, bawa anak-anak Anda ke taman. Banyak hal yang dapat Anda lakukan.

Tips 7 – Makan banyak serat!
Serat sangat bagus untuk mengisi Anda tetapi tanpa kalori. Makan lebih banyak serat sekarang!

Tips 8 – Sayuran hijau!
Makan banyak sayuran hijau untuk makan siang dan makan malam. Sayuran hijau memiliki vitamin dan nutrisi dari semua sayuran. Pastikan untuk menambahkan banyak sayuran hijau untuk diet.
Jika Anda menerapkan tips menurunkan berat badan Anda akan segera merasakan turunnya berat badan!

23 November 2010

60 PETUA MENDAPAT PASANGAN

12:19:00 PM 3 Comments

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan

pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati

bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Dato’Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

14 November 2010

Tips Kesesuaian Pakaian Lelaki

12:18:00 PM 0 Comments

o Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
o Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
o Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
o Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
o Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
o Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
o Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
o .· Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
o Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
o Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
o Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
o Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan

‘cologne’ di kedua belah bahu.
o Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
o Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
o Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain)

sebagai pilihan kedua.
o Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
o Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
o Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
o Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan

tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
o Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih /

berpakaian sukan.
o Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi

22 October 2010

5o fakta & tip menyanyi (bahagian 4)

10:51:00 AM 0 Comments

43. Berjalan ketika anda sedang menyanyi adalah satu latihan yang baik untuk persembahan nyanyian anda . Ianya boleh memahirkan anda menggunakan langkah-langkah untuk menghasilkan nyanyian yang lebih baik. Perhatikan bagaimana penyanyi profesional berdiri,

berjalan dan bergerak.


44.
Rakamkan suara anda-Tips ini lah yang digunakan oleh saya suatu masa dulu untuk mengetahui setakat mana bagusnya suara saya-Kaji dan dengar suara anda di segi tempo,pitching dan feel


45.
Feel dalam penyampaian lagu adalah amat penting untuk menjadikan nyanyian anda lebih sedap didengar – Ada perbezaan antara menyanyi dan me’lagu”kan lirik yang ingin disampaikan- Faham apa yang anda hendak sampaikan


46.
Dinamik dalam nyanyian adalah kemahiran dalam menggunakan kepelbagaian tekanan nada suara samada perlahan, kuat, tinggi serta rendah sesuatu note itu dan meletakkannya di tempat yang sesuai


47.
4 jenis suara terdiri dari:-

i)Bass-cth penyanyi Broery Marantika

ii)Alto-cth penyanyi Jamal Abdillah

iii)Tenor-cth penyanyi Misha Omar

iv)Soprano-cth penyanyi Ning Baizura


48.
Ramai orang menganggap bahawa nyanyian adalah hanya suatu sambungan daripada percakapan. Ia bukanlah sedemikian. Ia mungkin kelihatan sama tetapi ia sangat berbeza. Seseorang boleh berjalan dengan pantas dan memotong seorang pelari perlahan. Berjalan dengan cepat tidak sama dengan berlari secara perlahan


49.
Cintai suara anda dahulu sebelum anda ingin serius untuk mendalami bidang nyanyian kerana ia adalah instrument anda dalam muzik-Bagi seseorang ahli muzik instrument mereka adalah ‘nyawa’ mereka,Jadi jagalah suara anda sebaik mungkin


50.
Tip terakhir adalah latihan-Menyanyilah dimana saja dan seeloknya adakan jadual latihan supaya suara anda menjadi semakin fleksibel hari ke hari,konsep ini juga sama juga dengan ahli sukan berlatih dan terus berlatih dan berseronoklah dengan nyanyian anda nescaya anda akan menghiburkan orang disekeliling anda

21 October 2010

Petua Hindari Pukau

12:17:00 PM 0 Comments



Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.

Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.

p/s elakkan diri anda daripada sihir..

18 October 2010

10 jenis lelaki berbahaya

12:10:00 PM 2 Comments

Ini tips untuk wanita-wanita, korang kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh bikin hidup anda bermasalah macam mereka juga.


1. Lelaki yang sering berkata:
Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.


2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.


3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.


4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.


5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.


6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.


7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri.
Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.


9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.


10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.

17 October 2010

Lelaki BERBAHAYA! – Adakah Anda Terlibat Dengan Mereka?

11:14:00 AM 0 Comments

Ingin mencari pasangan hidup dan cinta sejati adalah lumrah kita sebagai manusia. Sebagai wanita pula, kerisauan takut tersilap pilih pasangan adalah lebih dari lelaki.

Ini kerana sekiranya wanita tersilap pilih lelaki, maka kesan buruk yang bakal dilalui dalam hidup memberi kesan dan trauma yang mendalam terhadap emosi dan kehidupan mereka seterusnya.

Walaupun semua wanita tahu wujudnya lelaki yang ‘berbahaya’ namun masih ramai wanita tanpa sedar atau tidak terlibat bertemu dan berpasangan dengan mereka.

Kenapa masih ramai juga wanita terlibat memilih lelaki berbahaya?

Adakah mereka sengaja melibatkan diri dengan mereka? Tak mungkin!

Adakah mereka dikaburi dengan perasaan kesunyian dalam hidup dan amat memerlukan cinta dan kasih-sayang sehingga membuat pilihan yang salah?

Adakah mereka mempunyai tabiat atau sikap yang tak disedari dari dulu lagi yang menyebabkan mereka sentiasa memilih dan terlibat dengan lelaki berbahaya?

Adakah cara mereka dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda dan kurang perhatian menyebabkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini tanpa mereka sedar?

Atau adakah dengan mudah kita nak menyatakan itu adalah takdir yang Maha Esa?

Saya tertarik untuk menulis artikel berkaitan dengan lelaki berbahaya ni sebab pada pandangan saya, (anda pun mungkin setuju..) semakin hari semakin ramai wanita yang terlibat berpasangan dengan lelaki yang berbahaya. Tak kiralah sama ada sebagai teman lelaki mahu pun wanita yang telah berumahtangga.

Satu perkara yang memang pasti, wanita Tak Sedar dan Tak Tahu pun pada awal perkenalan atau perhubungan bahawa lelaki yang menjadi pasangannya itu berbahaya.

Macamana nak tahu seseorang lelaki itu berbahaya atau tidak? Ada ramai lagi ke lelaki yang betul-betul baik dan “sihat” dalam dunia ni?

Ada, kalau anda sendiri “sihat” dari segi emosi dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan.

Ini membolehkan anda sekiranya berjumpa dengan lelaki jenis ini dan mengenalinya, anda mampu menghadapi dan seterusnya menjauhkan dia dari hidup anda. Hasilnya, anda boleh menumpukan masa, tenaga dan emosi untuk memfokuskan kepada lelaki yang baik dan sihat emosinya.

Adakah anda memahami peranan dan keadaan diri anda seterusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengubah keadaan supaya hidup anda berubah dan lebih selamat?

Artikel kali ini, saya terangkan dengan ringkas siapa dia yang dikatakan lelaki berbahaya supaya sekurang-kurangnya dapat membantu anda melihat dengan lebih luas lagi konsep tersebut.

Siapa lelaki yang berbahaya?

Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:

“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”

Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.

Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.

Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.

Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.

Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.

Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.

Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.

Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka!

Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.

Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.

Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.

Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.

Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.


Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

• Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.

• Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu.

• Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.

• Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.

• Ada reputasi menipu.

• Kaki judi, peminum arak.

• Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.

• Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!

• Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.

• Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness”

• Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.

• SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.

• Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.

• Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.

• Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.

• Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.

• Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.



Perbezaan di antara wanita yang bersama/berpasangan hanya sekali sahaja dengan lelaki berbahaya berbanding wanita yang kerap berjumpa/berpasangan/ dengan lelaki seperti ini ialah wanita yang pertama itu ‘terbuka’ untuk belajar dan kenal dengan cepat kesilapannya.

Wanita kedua pula tak mahu belajar, banyak memberi alasan atau gagal ‘membuka’ minda untuk mendapat pengajaran.

Hasilnya wanita yang pertama akan lebih kuat, berkeyakinan, berfikiran positif dan akhirnya mampu bertemu cinta sejati dengan lelaki yang ‘sihat dan selamat’.

Wanita kedua pula, akan terus derita..itu saja!


p/s Anda dalam golongan yang mana?

15 October 2010

5o fakta & tip menyanyi (bahagian 3)

11:25:00 AM 0 Comments

Vibrato - perubahan turun naik pic, digunakan untuk menambah ekspresi. Vibrato yang halus menambah kekayaan kepada nada suara yang mana kebiasaannya lebih menyeronokkan terhadap pendengar dan paling mudah pada suara penyanyi tapi jangan terlampau menggunakan vibrato anda kerana dikhuatiri akan mencacatkan nyanyian anda


33. Suara kepala atau tingkat suara atas adalah di mana not tinggi dinyanyikan dengan betul.Resonan biasanya dirasai di dalam kawasan bibir atau tulang pipi (dengan yang tingkat nada suara kepala, pernilaian biasanya berdasarkan pada kualiti dalam ketulenan suara)


34. Bertenang ketika anda menyanyi adalah sangat mustahak. Jika anda naik cemas ketika menyanyi, ia akan menyebabkan kelemahan dalam resonan dan nada suara suara anda. Ia juga mustahak untuk tidak keterlaluan apabila cuba untuk mencapai not yang di luar dari kemampuan anda. Keterlaluan tidak akan membantu anda untuk mencapai not tersebut, anda mesti kekal bertenang.


35. Bunyi berasal daripada getaran lipatan suara yang terdapat di dalam kotak suara. Kotak suara hanya terletak di belakang halkum anda. Nama kotak suara tersebut ialah larinks (disebut “la-rinks). Ketika udara yang sedang bergerak daripada paru-paru dihantar melalui kotak suara, udara menyebabkan lipatan suara anda bergetar. Lipatan suara, lebih dikenali sebagai kod-kod suara, merupakan dua otot-otot halus yang lebih kecil dari ibu jari anda. Suatu nada biasa, seperti note ‘middle C’, memerlukan 262 getaran daripada lipatan-lipatan yang halus ini untuk

setiap saat!


36.
Bagaimana ianya berfungsi?Ketika anda menarik nafas untuk memenuhi paru-paru anda, lipatan suara anda akan terbuka luas. Ketika anda menghembus nafas, ia akan tertutup dengan rapat. Ketika anda sedang menyanyi, ia bergetar di antara satu sama lain.


37.
Buka Mulut Anda Dengan Luas- Lebih luas daripada ketika anda bercakap secara normal. Ini adalah rahsia yang paling penting. Walaubagaimanapun, jangan membukanya terlalu luas sehingga rahang anda menjadi ketat. Bayangkan sebuah rak terletak lebih kurang satu inci di bawah rahang anda. Buka mulut anda pada tempat di mana rahang anda berehat pada rak tersebut.


38.
Lipatan suara anda adalah tisu halus yang lebih kecil daripada ibu jari anda. Ia tidak mempunyai hujung saraf, jadi ia tidak dapat memaklumkan anda sekiranya anda sedang mencederakannya. Rasa “calar” di dalam kerongkong anda adalah sejenis tanda amaran. Ia bermakna anda seharusnya berusaha dengan lebih kuat untuk otototot sekeliling yang digunakan ketika menyanyi.


39. Do-Re-Mi
: Tunjang sesebuah nyanyian ialah do-re-mi. Anda mungkin pernah menyanyikannya di sekolah rendah, “doh, ray, mee, fah, sol, lah, tee, doh”.Nyanyikan untuk diri anda sekarang. Skala ialah laluan di mana perjalanan sesebuah melodi. Ia merupakan senarai asas nada yang boleh digunakan dalam lagu.

40. Sekiranya nada lagu tidak menegangkan(terkucil) suara anda, samada tinggi atau rendah pada penghujung, jadi lagu tersebut dikatakan berada pada “key yang tepat” untuk anda.


41.
Cara paling simple untuk nak warm-up suara anda- Nyanyi perkataan "sung" dan tahan “ng”, lidah berlawanan dengan bahagian belakang bumbung lidah anda. Sekarang, bawa bunyi yang menaik ke hujung suara yang anda mampu capai. Sekarang, bawa bunyi berterusan ke tahap yang paling rendah dan naik kembali. Ini akan menghasilkan bunyi seperti siren


42. Cara Paling Mudah Mendapatkan Kunci -
Anda boleh mengenalpasti lagu yang mana satu mempunyai kunci yang sesuai untuk anda ialah dengan menyanyi bersama mereka(penyanyi asal). Beberapa lagu dirasakan lebih selesa berbanding lagu yang lain. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu untuk menarik suara anda pada nada yang tinggi atau nada yang rendah. Di antara kesemua lagu tersebut yang dirasakan selesa

p/s usaha tangga kejayaan


12 October 2010

5o fakta & tip menyanyi (bahagian 2)

11:07:00 AM 0 Comments

19. Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vocal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi inilah hakikatnya! Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat postur badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba bereksperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

20. Berhenti....Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

21. Rehatkan suara anda bila anda rasakan yang tekak anda sakit atau anda demam dsb

22. Pastikan anda meminum air dengan cukup sebelum,semasa dan sesudah menyanyi

23. Elakkan pengambilan kafein dan alcohol yang berlebihan

24. Yang paling penting adalah tidur yang mencukupi kerana pada saya tanpa tidur yang cukup susah untuk saya mengeluarkan suara dan mencapai note note yang tinggi dan suara rasa seperti ketat

25. Sebelum memulakan nyanyian,elakkan dari berada di tempat yang berhawa dingin sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda menyanyi-takut nanti dada sempit dan mungkin senang kena sakit tekak atau gatal serta perit tekak

26. Kurangkan bercakap sebelum anda menyanyi-ini amat perlu kepada yang bermulut murai ooopss sorry kalau ada yang terasa,tapi ini lah hakikatnya tolong kurangkan bercakap banyak,untuk merehat serta menenangkan otot lipatan suara

27. Juga elakkan bahan makanan tenusu seperti susu, cheese dan seumpamanya kerana ianya menyebabkan lendir di dalam tekak dan ini dikhuatiri akan mengganggu prestasi vocal chord anda

28. Jangan menyanyi melebihi had – maknanya disini,cuba bercuti dari menyanyi untuk sehari dalam seminggu-untuk menjaga ‘kesihatan’ suara anda

29. Anda tidak mempunyai range suara yang tinggi??tak mengapa teruskan latihan demi latihan,ia seperti kita membuat regangan untuk menyentuh ibujari kaki kita tanpa membengkokkan lipatan lutut,pada mulanya ianya agak susah tapi kalau hari hari anda cuba pasti suatu hari anda akan berjaya,begitulah juga dengan suara kita

30. Latihan yang paling berkesan untuk membiasakan diri anda menyanyi di hadapan khalayak adalah dengan berkaraoke – ajak kenkawan seramai mungkin dan tunjukkanlah kehebatan anda di sana!!

31. Kritikan adakalanya baik untuk anda kerana ini mungkin boleh menjadi kayu pengukur kehebatan vocal dan persembahan nyanyian anda,tapi jangan sesekali membiarkan anda menjadi lemah semangat dek kerana kritikan kenkawan anda..Sesekali bagilah kenkawan menilai kebolehan anda

bersambung

10 October 2010

5o fakta & tip menyanyi

11:53:00 AM 2 Comments


1. Menyanyi adalah sebahagian daripada budaya kita. Menyanyi adalah perkara semula jadi yang membantu untuk menyatakan diri kita sendiri dan menunjukkan betapa gembiranya kita; Ia juga adalah sesuatu yang kita boleh turunkan generasi ke generasi

2. Menurut kata seorang guru vocal/penyanyi tanahair iaitu Hazami,menyanyi adalah perbuatan meniru bunyi yang didengar dengan suara

3. Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-
1. Pernafasan
2. Rhythm/Irama
3. Pitch/Nada
4. Suara
5. Sebutan

4. Pernafasan?Kenapa ianya penting?Ini adalah kerana tanpa pernafasan tidak akan ada udara dan bila tiada udara kita tidak akan boleh mengeluarkan suara dan bunyi takkan keluar dan tidak akan adalah nyanyian

5. Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal

6. Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

7. Penyanyi perlu belajar bagaimana hendak mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama. Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang
betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.

8. Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas - ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi
bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

9. Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma

10. Diafragma adalah otot berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka , untuk menggunakannya anda perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk
menghasilkan resonan yang sewajarnya.

11. Untuk makluman anda,kita tak boleh nak mengawal otot diafragma kita apabila kita bernafas.Ianya bergerak secara semulajadi dan anda tidak boleh nak kawal pergerakannya supaya ianya menguncup atau mengembang seperti yanang boleh kita lakukan keatas otot yg lain seperti trisep dan bisep.Apa yang boleh anda buat hanyalah menarik dan menghembuskan nafas dan ini menyebabkan ianya menguncup dan mengembang secara otomatik..

12. Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat
sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahanlahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda

13. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang

14. Kemahiran ‘deria irama’ anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

15. Asas dalam memahami suara dan vocal cord/lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah mengamalkan tabiat menyanyi yang baik, dan juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’

16. Sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

17. Jangan ikut orang lain.Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini
berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk
menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda\ sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut-ikut, cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu
serta penyanyinya. Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

18. Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah
cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda! Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus\ diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam
lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu? Ini semua harus dikaji. Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap. Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah
nyanyian.

bersambung

02 October 2010

merawat penyakit bab 6

11:38:00 AM 0 Comments



Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih

1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.

2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.

Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.

2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.

3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

Mabuk Kenderaan

1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.

Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan

1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.

2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.

3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.

Melegakan Cirit Birit

1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.

2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain

3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.

Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan

1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.

3. Bercelak ketika hendak tidur.

4. Kerap duduk mengadap kiblat.

5. Makan lobak putih selalu.