Follow Us @asrialigur

Showing posts with label TREE. Show all posts
Showing posts with label TREE. Show all posts

03 December 2017

Pasu Bonzai Tip Top

11:39:00 PM 5 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Pagi pagi lagi hujan dah lebat,Tak mematahkan semangat aku nak pergi Nursery Jual Pokok Dan Pasu.Nasib ada yang ingin temankan aku pergi Beli Pokok ni.Aku memang suka beli pokok kat sini pokok dia ada banyak dan bermacam macam jenis ada.Dari pokok kecik sampai la pokok besar.Tak kisah la apa korang nak semua ada.Nak beli pasu,tanah,Baja dan pelbagai bahan tanaman semua ada.

Aku pun tak pasti sama ada Nursery ni bukak atau tutup hari ahad.Tapi Nasib baik pergi Nursery Ni bukak.Bila aku tanya penjual ni dia cakap hari hari bukak Rehat dari Jam 12pm-2pm.Penjual nya pun peramah yang berbangsa Cina.Senang dilayan dan Boleh tawar menawar.



Bila aku sampai ke nursery ni cari Pasu Bonzai Tanya pada penjual tu ada jual pasu bonzai tak?sekali dia tunjukkan Fuhhh meletop ko..banyak gila pasunya.Pelbagai bentuk dan artnya.Ada pasu Bonzai kecik dan ada jugak yang besar gila gila besar pun ada.Selepas Borong Pasu Bonzai dalam 4 pasu. Tak beli banyak sebab naik motor.Lepas tu cari pokok Bonzai pulak aku beli 2 pokok 1 pokok Bonzai dan satu lagi Pokok akan dijadikan Bonzai.Korang tahu tak apa maknanya Bonzai?kalau tak tahu sila lihat di --> SINI <-- p="">

Pasu Yang aku beli

Lepas semua dan selesai membeli belah singgah la warung untuk merehatkan diri sambil minum cendol dan mehoon Sup nak sejukkan hati orang yang tolong temankan aku berbelanja tadi.Tapi memang dah lama sangat nak cari pasu bonzai ni ternyata kat tempat nursery ni ada jual.Murah lak tu.Hehehehe

Tapi memang puas hati lah beli kat sini nanti kalau ada rezeki saya datang lagi..Terima kasih//

ok by.

#PokokBonzai
#PasuBonzai
#sekadarKongsi
#Terbaik

29 November 2017

Beli Pokok Bonzai Kat Cameron Highlands

11:12:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Kat Jual Pokok Kaktus

Minggu Ini selepas balik Dari Cameron Highlands memang sibuk pergi sana pergi sini.Kalau balik kerja pula malam sampai umah.Baru hari ni macam rajin sikit nak update blog ni.Balik kerja petang tapi malam sampai umah.Maklumlah ramai peminat.Acah acah gitu hahaha

Barang apa dan pokok apa yang aku beli?Macam macam yang aku borong kat Cameron ni seperti Sayur sayuran seperti Kobis dan Sawi, Buah buahan Pulak seperti Epal Cameron,Keledek Manis , Jagung Mutiara dan Markisa.Epal Cameron ni pun pertama kali aku merasa tak rasa apa biasa je rasanya.Tak lupa pula carian untuk Bonzai.Pergi Cameron ni memang nak cari pokok pokok seperti Bonzai.Padahal kat Nursery biasa pun ada gak pokok pokok bonzai yang aku beli ni.Tapi Dah alang alang beli jelah.

Buah Epal Cameron

Pokok yang terdapat kat cameron Highlands kalau dimana mana kita pergi mesti ada punya pokok ni iaitu Pokok Kaktus.Memang la aku beli pokok ni memang cantik pastu murah pulak tu Harga RM2 setiap satu pasu kecil.Aku beli 6 pokok Harga RM 11.Murah kan.Tak lupa juga dengan pelekat magnet peti sejuk Cameron aku memang minat mesti beli kalau pergi mana mana travel untuk membuat hiasan.

Pokok Kaktus Aku beli

Pokok yang tidak boleh aku lupa seperti Bonzai.Tapi kat cameron ni pokok Bonzai tak la banyak sangat Cuma ada segelintir sahaja yang ada jual.Tapi Nasib baik la jumpa.Tapi harganya berbeza di luar kawasan cameron Highlands ni.Biasa aku beli Bonzai Kat Bukit Gambir Johor harga nya lebih kurang Rm 16 tapi kat Cemeron Harganya RM18-20 berbeza sikit yalah nama pun tempat pelancongan mestilah mahal kan.


Pokok Bonzai

Lagi satu Yang aku Jumpa pokok Ayam Emas banyak jugak dijual disini.Pokok ni boleh membesar kalau dijaga betul betul lagi besar lagi mahal harganya.Pokok Ayam emas ni aku beli RM 6 sebab kecil lagi.

Pokok Ayam Emas

Ok la by
Terima Kasih singgah

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#Asrialigur

19 November 2017

Buat pengakaran Bonzai Try And Error

2:44:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Hari ini aku ada semangat untuk membuat pengakaran Bonzai.Selama ini pun Nak buat nak buat tapi tak buat buat .Tak ada kesempatan ada je hal lain yang perlu dibuat.

Tapi hari ini cuaca agak baik dan ala ala mendung gitu dapat lah buat kerja pengakaran ini.

Aku ni belajar pun tengok youtube.com .Betul ke salah aku pun tak pasti hahaha.Belajar la sikit sikit lama lama jadi Guru.Betul tak?

Aku Dunia Bonzai ni memang minat minat sangat.Sebab dia pokok yang kecil dan comel macam tuan dia ni.Bonzai yang aku nak buat pengakaran ni Pokok pokok ala ala biasa je.Bukan Pokok mahal mana pun.



Step Yang biasa aku buat 
1) Kupas sikit kulit pokok tu sebab nak sapu hormon pengakaran
2) kemudian,Letak sabut apa apa sabut atau tanah pada step 1 tadi.
3)Pastu,Balutkan Sabut atau tanah tadi guna pembalut plastik.
4) kemudian,Bungkus kesemua sekali macam pocong..biar udara tak masuk.Kalau lemas nanti bagi dia oksigen k.hahaha.



Sebelum membuat step bungkus semua masukkan dulu cawan plastik seperti gambar diatas masukkan tanah baru bungkus macam pocong.

Ni hasil bungkusan pocong aku ni.Walaupun tak berapa nak cantik tak kisahlah asalkan pokok ni hidup.Kalau dia meninggal jangan ikut step aku k.


Tapi kalau rasa cuaca agak panas guna Fan kipas Usb ni .Nanti takut pokok ni jadi lunyai pulak .kalau hati panas.

Belajar lah penanaman dengan hati yang ikhlas Berbudi lah pada tanah nanti dapat hasilnya.

Kalau ada guru guru yang sudi mengajar cara yang betul sila la komen ya.Terima Kasih...

Hasilnya jadi ke tidak tunggu jelah...

Ok by

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#PengakaranBonzai
#bonzai