Follow Us @asrialigur

29 November 2017

Beli Pokok Bonzai Kat Cameron Highlands

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Kat Jual Pokok Kaktus

Minggu Ini selepas balik Dari Cameron Highlands memang sibuk pergi sana pergi sini.Kalau balik kerja pula malam sampai umah.Baru hari ni macam rajin sikit nak update blog ni.Balik kerja petang tapi malam sampai umah.Maklumlah ramai peminat.Acah acah gitu hahaha

Barang apa dan pokok apa yang aku beli?Macam macam yang aku borong kat Cameron ni seperti Sayur sayuran seperti Kobis dan Sawi, Buah buahan Pulak seperti Epal Cameron,Keledek Manis , Jagung Mutiara dan Markisa.Epal Cameron ni pun pertama kali aku merasa tak rasa apa biasa je rasanya.Tak lupa pula carian untuk Bonzai.Pergi Cameron ni memang nak cari pokok pokok seperti Bonzai.Padahal kat Nursery biasa pun ada gak pokok pokok bonzai yang aku beli ni.Tapi Dah alang alang beli jelah.

Buah Epal Cameron

Pokok yang terdapat kat cameron Highlands kalau dimana mana kita pergi mesti ada punya pokok ni iaitu Pokok Kaktus.Memang la aku beli pokok ni memang cantik pastu murah pulak tu Harga RM2 setiap satu pasu kecil.Aku beli 6 pokok Harga RM 11.Murah kan.Tak lupa juga dengan pelekat magnet peti sejuk Cameron aku memang minat mesti beli kalau pergi mana mana travel untuk membuat hiasan.

Pokok Kaktus Aku beli

Pokok yang tidak boleh aku lupa seperti Bonzai.Tapi kat cameron ni pokok Bonzai tak la banyak sangat Cuma ada segelintir sahaja yang ada jual.Tapi Nasib baik la jumpa.Tapi harganya berbeza di luar kawasan cameron Highlands ni.Biasa aku beli Bonzai Kat Bukit Gambir Johor harga nya lebih kurang Rm 16 tapi kat Cemeron Harganya RM18-20 berbeza sikit yalah nama pun tempat pelancongan mestilah mahal kan.


Pokok Bonzai

Lagi satu Yang aku Jumpa pokok Ayam Emas banyak jugak dijual disini.Pokok ni boleh membesar kalau dijaga betul betul lagi besar lagi mahal harganya.Pokok Ayam emas ni aku beli RM 6 sebab kecil lagi.

Pokok Ayam Emas

Ok la by
Terima Kasih singgah

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#Asrialigur

No comments: