Follow Us @asrialigur

Showing posts with label TANAMAN. Show all posts
Showing posts with label TANAMAN. Show all posts

19 November 2017

Buat pengakaran Bonzai Try And Error

2:44:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Hari ini aku ada semangat untuk membuat pengakaran Bonzai.Selama ini pun Nak buat nak buat tapi tak buat buat .Tak ada kesempatan ada je hal lain yang perlu dibuat.

Tapi hari ini cuaca agak baik dan ala ala mendung gitu dapat lah buat kerja pengakaran ini.

Aku ni belajar pun tengok youtube.com .Betul ke salah aku pun tak pasti hahaha.Belajar la sikit sikit lama lama jadi Guru.Betul tak?

Aku Dunia Bonzai ni memang minat minat sangat.Sebab dia pokok yang kecil dan comel macam tuan dia ni.Bonzai yang aku nak buat pengakaran ni Pokok pokok ala ala biasa je.Bukan Pokok mahal mana pun.



Step Yang biasa aku buat 
1) Kupas sikit kulit pokok tu sebab nak sapu hormon pengakaran
2) kemudian,Letak sabut apa apa sabut atau tanah pada step 1 tadi.
3)Pastu,Balutkan Sabut atau tanah tadi guna pembalut plastik.
4) kemudian,Bungkus kesemua sekali macam pocong..biar udara tak masuk.Kalau lemas nanti bagi dia oksigen k.hahaha.



Sebelum membuat step bungkus semua masukkan dulu cawan plastik seperti gambar diatas masukkan tanah baru bungkus macam pocong.

Ni hasil bungkusan pocong aku ni.Walaupun tak berapa nak cantik tak kisahlah asalkan pokok ni hidup.Kalau dia meninggal jangan ikut step aku k.


Tapi kalau rasa cuaca agak panas guna Fan kipas Usb ni .Nanti takut pokok ni jadi lunyai pulak .kalau hati panas.

Belajar lah penanaman dengan hati yang ikhlas Berbudi lah pada tanah nanti dapat hasilnya.

Kalau ada guru guru yang sudi mengajar cara yang betul sila la komen ya.Terima Kasih...

Hasilnya jadi ke tidak tunggu jelah...

Ok by

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#PengakaranBonzai
#bonzai


16 November 2017

Pokok Taxus Dari China Ebeli

11:11:00 PM 0 Comments

Hampir sebulan jugak la aku tunggu pokok dari china ni beli secara online di ebeli.com http://www.ebeli.com.my ✔

Ni pun kali kedua aku beli yang pertama barang peribadi yang kedua pulak Pokok Taxus baru dapat tadi.

Al maklum lah kalau beli pokok secara online kalau dalam malaysia ok lagi maybe pokok nya masih segar bugar.Tapi kalau beli kat china nampaknya pokok aku ni ala ala nyawa ikan.Tapi disebabkan gila pokok ni terpaksa la aku try and error.

Mesti korang terfikir kenapa tak beli kat Malaysia.Malaysia kan banyak berlagak seh mamat ni?kan kan mana tau korang terfikir macam ni...ini jawapannya
Kebiasaanya memang susah sikit nak cari pokok taxus ni lagi lagi yang kecik.Aku ni nak cari yang kecik kecik je.yang besar melambak kat kedai kedai.Tapi nak try beli apa boleh buat.Ni baru belajar aka minat


Aku tengok kat ebeli macam macam pokok dan bonzai ada jual.cantik cantik lak tu.Minat aku kalau pokok bonzai ni.Kalau Beli pokok Taxus memang murah harganya RM2.60 boleh dapat sepokok tapi penghantaran dia Allahuakhbar...Mahal jugak 2pay you know.kena bayar untuk penghantaran dari china ke warehouse pastu kena bayar penghantaran ke Malaysia pulak.Ni baru belajar .Penghantaran yang aku pilih naik kapal.

Tapi kalau nak cepat buat la penghantaran Udara cepat sikit sampai.Sekarang ni pun diorang ada promosi penghantaran.Korang try la usha usha .


Seperti gambar diatas Pokok Taxus aku direndam kasi nyawa balik kesian hampir sebulan agaknya tak jirus air.Tapi Alhamdulillah semoga pokok Taxus aku ni tak meninggal.


Wah pokok ni kalau totalkan semua boleh tahan jugaklah Harganya.Pokoknya memamng murah.Penghantaran je masalah.Pengsan.

Kalau korang nak belajar membeli Online di China boleh la try layari  www.ebeli.com.my .✔

Ok By
#sekadarKongsi
#ebeli
#belajarmembeli
#GroupBloggerMalaysia


17 August 2016

Penanaman Hidroponik Dengan Mudah

1:29:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Hari ni Aku telah mengikuti Kursus Hidroponik yang diadakan di MRTC Asahan.Jasin Melaka.

Hidroponik satu kaedah tanaman sayuran, berbuah, bunga bungaan dan herba ulaman tanpa tanah..



Konsep hidroponik 3T iaitu
 Tanam, Tinggal, Tuai




Kebaikan Hidroponik
Sayuran bersih
Pulangan modal
Murah dan mudah
Boleh ditanam dimana mana
Tidak perlu merumput dan menyiram

Konsep asas Hidroponik
Matahari
Udara
Air
Baja
Set hidroponik



Memang terbaik mengikuti Kursus hidroponik ni.Bermacam macam telah aku pelajari. 

Berbaloi jugak la Join dapat :-
Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Dan Peralatan Hidroponik Bernilai RM50 Percuma.



Selepas ni boleh la aku tanam Sayur Menggunakan peralatan yang diberikan.

23 February 2016

Belajar Buat Itik Untuk Tanaman Pulak

2:46:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera





Telah lama menunggu untuk buat Itik Perhiasan Tanaman atau boleh jugak sebagai Pasu.
Nak buat tapi tak ada kesempatan banyak kerja lain yang menunggu.




Tapi hari ni ada kesempatan sebab hari ni cuti sampai esok.hahha Alhamdulillah best nya dapat cuti kan.


Asri ni baru nak menjinak jinak membuat itik ni tak pandai sangat ni pun kawan yang suruh buat.
botol sabun ni dah lama tersimpan ada beberapa colour .

Orang lain dah buat Gajah dan bermacam binatang lain.Aku baru nak buat Itik Angsa ni hahahaha.

Tak apa kayuh pelan-pelan,
kalau korang nak try kat rumah pun bagus gak mana tahu korang buat lagi cantik daripada aku punya.



Korang tengok gambar yang aku buat apa macam cantik tak?
kalau tak cantik normal lah baru nak menjinak jinak kan kan..

Korang boleh bagi berapa Bintang ? 

Hari ni dah siap 3 ekor itik Ayah ibu dan anak pakej .

Insyallah kalau ada Rezeki Buat gajah Pulak...

ok by..