Follow Us @asrialigur

Showing posts with label CAMERON HIGHLANDS. Show all posts
Showing posts with label CAMERON HIGHLANDS. Show all posts

29 November 2017

Beli Pokok Bonzai Kat Cameron Highlands

11:12:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Kat Jual Pokok Kaktus

Minggu Ini selepas balik Dari Cameron Highlands memang sibuk pergi sana pergi sini.Kalau balik kerja pula malam sampai umah.Baru hari ni macam rajin sikit nak update blog ni.Balik kerja petang tapi malam sampai umah.Maklumlah ramai peminat.Acah acah gitu hahaha

Barang apa dan pokok apa yang aku beli?Macam macam yang aku borong kat Cameron ni seperti Sayur sayuran seperti Kobis dan Sawi, Buah buahan Pulak seperti Epal Cameron,Keledek Manis , Jagung Mutiara dan Markisa.Epal Cameron ni pun pertama kali aku merasa tak rasa apa biasa je rasanya.Tak lupa pula carian untuk Bonzai.Pergi Cameron ni memang nak cari pokok pokok seperti Bonzai.Padahal kat Nursery biasa pun ada gak pokok pokok bonzai yang aku beli ni.Tapi Dah alang alang beli jelah.

Buah Epal Cameron

Pokok yang terdapat kat cameron Highlands kalau dimana mana kita pergi mesti ada punya pokok ni iaitu Pokok Kaktus.Memang la aku beli pokok ni memang cantik pastu murah pulak tu Harga RM2 setiap satu pasu kecil.Aku beli 6 pokok Harga RM 11.Murah kan.Tak lupa juga dengan pelekat magnet peti sejuk Cameron aku memang minat mesti beli kalau pergi mana mana travel untuk membuat hiasan.

Pokok Kaktus Aku beli

Pokok yang tidak boleh aku lupa seperti Bonzai.Tapi kat cameron ni pokok Bonzai tak la banyak sangat Cuma ada segelintir sahaja yang ada jual.Tapi Nasib baik la jumpa.Tapi harganya berbeza di luar kawasan cameron Highlands ni.Biasa aku beli Bonzai Kat Bukit Gambir Johor harga nya lebih kurang Rm 16 tapi kat Cemeron Harganya RM18-20 berbeza sikit yalah nama pun tempat pelancongan mestilah mahal kan.


Pokok Bonzai

Lagi satu Yang aku Jumpa pokok Ayam Emas banyak jugak dijual disini.Pokok ni boleh membesar kalau dijaga betul betul lagi besar lagi mahal harganya.Pokok Ayam emas ni aku beli RM 6 sebab kecil lagi.

Pokok Ayam Emas

Ok la by
Terima Kasih singgah

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#Asrialigur

26 November 2017

Cameron highlands Hari Kedua Tamat ( Lata Iskandar Waterfall )

2:34:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


[25/11/2017] Penghujung trip aku singgah di Lata Iskandar yang terkenal Dengan Air Terjunnya yang tingggi dan sangat cantik.Air terjunnya memang sejuk la tapi ada jugak orang yang mandi.Keadaan cuaca sejuk kat sini pun ada gak yang mandi.Tak tahan sejuk kalau aku mandi.


Pemandangan pun cantik ,airnya pun bersih.Kalau turun nak balik pastikan korang singgah sini baru berbaloi datang dari jauhkan.Rugi kalau tak singgah.


Ada juga yang jual jual tepi jalan.Macam jualan ada disini Makanan,minuman dan pelbagai Kraftangan ada disini.Tidak lupa jugak segala Herba seperti Tongkat ali ,kacip Fatimah dan segala akar kayu ada disini.


Kalau Air mineralnya pun mahal RM2.Kalau nak jimat Bawa la air sendiri ya.Hati hati la semasa disini sebab kereta Bas dan pelbagai kenderaan lalu lalang disini.So Jaga Diri kalau ada anak anak pimpin dia.

Ok by

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#asrialigur
@asritravel

Cameron Highlands Hari Kedua ( Ladang Teh & Anggur )

1:19:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

( mokteh kesayangan )

[25/11/2017] Tidur malam sangat sejuk tanpa penghawa dingin dan kipas ni baru terasa cuaca sejuk di Sini belum lagi di London lagi la sejuk amat.Cuaca hari ni pun agak baik Alhamdulillah senang nak bergambar di Ladang teh Cameron Highlands yang terbesar di Malaysia.

Pemandangan disini dapat menenangkan jiwa dan sedap mata memandang dengan keindahan ciptaan Allah SWT yang begitu indah.Bak kata pepatah sejuk mata memandang.Dengan masa yang singkat dapat jugak berswafoto disini.Dan dapat jugak membeli belah Teh Uncang Cameron Highlands ni.

Selepas pergi ladang teh,Aku pergi ladang Anggur pula,Anggur kat sini pun banyak dan cantik cantik anggurnya.Ni pun first time dapat tengok ladang Anggur yang banyak macam ni bertuah sungguh dapat melihat secara dekat.


Memang berbaloi mendaki bukit sejauh lebih kurang 1km kot untuk menikmati keindahan anggur disini.Kalau nak beli anggur ni 1kg harga RM25.


Mancam macam gelagat aku tengok group aku ni bila ternampak anggur yang banyak macam ni.Memang puas hati la kalau dapat merasa Anggur kat sini.Kalau korang yang belum pergi boleh lah Datang sini dan menikmatilah ladang Anggur ini.

OK BY

#GroupBloggerMalaysia
#sekadarkongsi
#asritravel