Follow Us @asrialigur

19 November 2017

Buat pengakaran Bonzai Try And Error

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Hari ini aku ada semangat untuk membuat pengakaran Bonzai.Selama ini pun Nak buat nak buat tapi tak buat buat .Tak ada kesempatan ada je hal lain yang perlu dibuat.

Tapi hari ini cuaca agak baik dan ala ala mendung gitu dapat lah buat kerja pengakaran ini.

Aku ni belajar pun tengok youtube.com .Betul ke salah aku pun tak pasti hahaha.Belajar la sikit sikit lama lama jadi Guru.Betul tak?

Aku Dunia Bonzai ni memang minat minat sangat.Sebab dia pokok yang kecil dan comel macam tuan dia ni.Bonzai yang aku nak buat pengakaran ni Pokok pokok ala ala biasa je.Bukan Pokok mahal mana pun.



Step Yang biasa aku buat 
1) Kupas sikit kulit pokok tu sebab nak sapu hormon pengakaran
2) kemudian,Letak sabut apa apa sabut atau tanah pada step 1 tadi.
3)Pastu,Balutkan Sabut atau tanah tadi guna pembalut plastik.
4) kemudian,Bungkus kesemua sekali macam pocong..biar udara tak masuk.Kalau lemas nanti bagi dia oksigen k.hahaha.



Sebelum membuat step bungkus semua masukkan dulu cawan plastik seperti gambar diatas masukkan tanah baru bungkus macam pocong.

Ni hasil bungkusan pocong aku ni.Walaupun tak berapa nak cantik tak kisahlah asalkan pokok ni hidup.Kalau dia meninggal jangan ikut step aku k.


Tapi kalau rasa cuaca agak panas guna Fan kipas Usb ni .Nanti takut pokok ni jadi lunyai pulak .kalau hati panas.

Belajar lah penanaman dengan hati yang ikhlas Berbudi lah pada tanah nanti dapat hasilnya.

Kalau ada guru guru yang sudi mengajar cara yang betul sila la komen ya.Terima Kasih...

Hasilnya jadi ke tidak tunggu jelah...

Ok by

#sekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia
#PengakaranBonzai
#bonzai


2 comments:

#JMBELOG said...

Semoga terhasil apa yang dicita kan

Asri ali gur said...

@JAMIL HASHIM : Aminnn.... Terima kasih....heheh...