Follow Us @asrialigur

26 November 2017

Cameron Highlands Hari Kedua ( Ladang Teh & Anggur )

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

( mokteh kesayangan )

[25/11/2017] Tidur malam sangat sejuk tanpa penghawa dingin dan kipas ni baru terasa cuaca sejuk di Sini belum lagi di London lagi la sejuk amat.Cuaca hari ni pun agak baik Alhamdulillah senang nak bergambar di Ladang teh Cameron Highlands yang terbesar di Malaysia.

Pemandangan disini dapat menenangkan jiwa dan sedap mata memandang dengan keindahan ciptaan Allah SWT yang begitu indah.Bak kata pepatah sejuk mata memandang.Dengan masa yang singkat dapat jugak berswafoto disini.Dan dapat jugak membeli belah Teh Uncang Cameron Highlands ni.

Selepas pergi ladang teh,Aku pergi ladang Anggur pula,Anggur kat sini pun banyak dan cantik cantik anggurnya.Ni pun first time dapat tengok ladang Anggur yang banyak macam ni bertuah sungguh dapat melihat secara dekat.


Memang berbaloi mendaki bukit sejauh lebih kurang 1km kot untuk menikmati keindahan anggur disini.Kalau nak beli anggur ni 1kg harga RM25.


Mancam macam gelagat aku tengok group aku ni bila ternampak anggur yang banyak macam ni.Memang puas hati la kalau dapat merasa Anggur kat sini.Kalau korang yang belum pergi boleh lah Datang sini dan menikmatilah ladang Anggur ini.

OK BY

#GroupBloggerMalaysia
#sekadarkongsi
#asritravel

No comments: