28 September 2010

Shahid kecewa dimanipulasi

HEBOH apabila aktor kacak Shahid Kapoor dikatakan tidak mampu mengawal cemburu terhadap babak cium membabitkan aktres yang dikatakan bercinta dengannya, Priyanka Chopra. Babak cium itu membabitkan Priyanka bersama aktor, Ranbir Kapoor dalam filem Anjaana Anjaani.

Namun satu sumber telah menafikan perkara itu dengan mendakwa Shahid sebenarnya kecewa dengan jalan cerita filem tersebut.

"Shahid sangat kecewa dengan jalan cerita filem lakonan Priyanka dan Ranbir, Anjaana Anjaani. Dia tidak tahu pun sebelum ini, filem itu mengandungi babak cium antara mereka," ujar sumber tersebut.

Tambah sumber itu lagi: "Disebabkan gembar-gembur Shahid dan Priyanka bercinta, Shahid merasakan namanya dimanipulasi untuk mempromosi filem itu, sedangkan dia tidak berlakon filem itu."

No comments :