Follow Us @asrialigur

20 September 2010

Peterpan bankrap

KHABAR kurang enak meliputi kumpulan terkenal Peterpan. Setelah vokalis grup asal Bandung itu, Ariel, dipenjara ekoran kes video lucah, grup tersebut dikatakan bankrap pula.

Sebuah bistro dengan nama Jet Zet yang terletak di Jalan Riau, Kota Bandung milik Lukman, pemain gitar Peterpan, dikhabarkan akan dijual bagi menanggung biaya pampasan akibat pembatalan beberapa persembahan.

Namun, khabar angin itu dinafikan penerbit Peterpan, Chapunk. Menurut Chapunk, khabar tersebut merupakan berita murahan.

"Itu cuma gosip, ahli Peterpan masih sibuk dengan urusan masing-masing," ujar Chapunk.

Dia tidak pula menolak berita bahawa grup tersebut kini menderita akibat kerugian yang mereka alami.

Namun, katanya, ahli grup tersebut iaitu Lukman (gitar), Reza (drum) dan Ukie (gitar) tidak terjejas teruk dengan situasi itu.

"Kalau ditanya tentang kerugian, itu pasti ada. Bagi kami itu hal biasa jika salah seorang ahli grup terkena musibah," jujurnya.

Ujarnya lagi, memang setakat ini Peterpan tidak menerima undangan persembahan kerana kes Ariel yang merupakan kekasih Luna Maya itu belum selesai.

No comments: