Follow Us @asrialigur

19 September 2010

Lindsay gagal ujian dadah

Bintang bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan dikatakan gagal dalam ujian dadah dan ujian alkohol serta menghadapi kemungkinan untuk dihantar semula ke penjara.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Elden S Fox, sebelum ini memberi amaran kepada Lindsay yang pelakon itu akan dipenjarakan semula selama 30 hari jika dia melanggar tempoh percubaannya. Lindsay yang mengulas mengenai berita itu dalam laman blog Twitter berkata: “Amat dikesalkan kerana saya gagal dalam ujian dadah yang dijalani baru-baru ini dan sudah bersedia untuk tampil di hadapan Hakim Fox.” “Ketagihan bahan terlarang bagai wabak yang tidak mungkin dapat dipulihkan dalam masa sehari. Saya sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu,” tulis Lindsay lagi. Dilaporkan satu perbicaraan akan diadakan sebelum Lindsay dipenjarakan semula. Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Los Angeles, Sandi Gibbons pula berkata, setakat ini tiada perbicaraan dijadualkan.


Lindsay yang keluar daripada pusat pemulihan bulan lalu masih di bawah pengawasan selama dua bulan. Lindsay dihukum penjara 90 hari mulai 6 Julai lalu dan perlu menjalani pemulihan selama 90 hari lagi kerana didapati bersalah mengingkari arahan mahkamah supaya hadir ke kelas pemulihan akibat ketagihan alkohol. Bagaimanapun, Lindsay hanya menjalani hukuman dua minggu di penjara dan 23 hari di pusat pemulihan di Pusat Perubatan Universiti California Los Angeles.

No comments: