17 September 2010

Ryan tangguh jadi bapa

PELAKON Ryan Reynolds mengakui dia dan isterinya, aktres Scarlett Johansson tidak terburu-buru untuk memperolehi zuriat.

Menurut Ryan, dia dan isteri mempunyai beberapa tahun lagi sebelum mempunyai anak, namun mereka sememangnya ingin mempunyai anak suatu hari nanti tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Ada banyak tahun lagi sebelum saya dan Scarlett bercadang untuk ada anak,” ujarnya kepada majalah People.

Sejak berkahwin pada tahun 2008, Reynolds,33, menegaskan dia secara semulajadi cuba mengawal hubungan suami isterinya dengan Scarlett sebaik mungkin, tetapi menafikan mereka obses dengan privasi.

“Menyentuh mengenai hubungan suami isteri antara saya dan Scarlett, saya seboleh-bolehnya cuba menjadikan ia sebagai suatu privasi buat kami berdua, tetapi tidaklah sehingga ke tahap obses,” ujarnya.

http://asrirayrock.blogspot.com

No comments :