Follow Us @asrialigur

14 September 2010

Lady Gaga bolot enam anugerah

Anugerah Muzik Video MTV yang diadakan kelmarin umpama milik penyanyi Lady Gaga apabila dia memenangi enam anugerah. Lady Gaga memenangi anugerah Video Sepanjang Tahun bagi lagunya, Bad Romance selain menggondol Video Pop Terbaik, Video Wanita Terbaik, Video Usaha Sama Terbaik, Suntingan Terbaik dan Video Tari Terbaik.

Pada anugerah itu, Lady Gaga yang nama sebenarnya Stefani Germanotta menukar pakaian beberapa kali selain memakai kasut bertumit tinggi yang menyebabkan dia amat berhati-hati semasa berjalan. Penyanyi itu yang terkenal dengan memakai pakaian yang pelik meneruskan penampilan ganjilnya apabila dia menggayakan pakaian yang diperbuat daripada daging.

Dia memakai pakaian itu semasa muncul di pentas untuk menerima Anugerah Video Sepanjang Tahun.

Lady Gaga yang berumur 24 tahun telah dicalonkan untuk merebut 13 anugerah pada Muzik Video MTV kali ini. Pemenang lain dalam anugerah itu ialah penyanyi Eminem yang memenangi Video Hip Hop Terbaik dan Video Lelaki Terbaik.

Seorang penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber menggondol anugerah Artis Baru Terbaik. Penyanyi Eminem membuat persembahan pertama pada majlis yang hoskan oleh pelawak televisyen, Chelsea Handler.

Antara penyanyi yang muncul pada majlis itu ialah Kanya West, Linkin Park, Mary J. Blige, Drake, Usher, Paramore, B.o.B dan Taulor Swift. - Dpa


http://asrirayrock.blogspot.com

No comments: