Follow Us @asrialigur

05 July 2010

senario masih lagi aktif...

Biarpun ada segelintir pihak berpendapat bahawa filem Senario sebelum sudah semakin bosan serta tdiak mendapat tempat di hati penonton, namun syarikat pengeluar filem Metrowealth (MIG) masih tetap mahu meneruskan pembikinan untuk kumpulan pelawak tersebut.
Terbaru, MIG bakal muncul dengan filem ke-47 terbitannya yang berjudul Senario The Movie, Ops Pocot. Pengambarannya sudah pun dimulakan pada 24 Jun yang lalu di sekitar Bandar bersejarah Melaka yang menjadi lokasi utama keseluruhan filem mereka dan sebahagianya pula dilakukankan di Ikatan Relawan Malaysia (RELA), Melaka.
Apa kata penerbitnya David Teo tentang isu kumpulan Senari yang semakin membosankan dan kenapa pihak MIg masih mahu terbitkan filem untuk mereka?
"Saya menafikannya kerana bagi saya Senario masih lagi kumpulan lawak no.1 Malaysia. Cuba anda lihat sejarah filem Senario sebelum ini, semuanya mengaut keuntungan sehingga 3 hingga 4 juta, walaupun ianya menurun sedikit dalam filem kedua Senario.
"Walaubagaimanapun, filem Senario masih lagi dikategorikan filem box office. Jadi saya tidak teragak-agak untuk membuat filem untuk Senario, selagi ia mencatat keuntungan box office selepas ini", katanya sewaktu ditemui di majlis doa selamat pelancarn filem Senario The Movie, Ops Pocot di pejabat MIG di Subang Jayaa baru-baru ini.
Bagi filem Senario kali ini, MIG banyak menampilkan pelakon-pelakon baru yang kurang dikenali di layar perak seperti Sasqia iaitu pelakon baru MIG, namun ia sedikit pun David tidak merasakan ia akan menggugat keuntungan filemnya.
"Saya tidak pernah takut menampilkan muka baru dalam setiap filem saya kerana seorang bintang itu bukan seorang yang dilahirkan sebagai pelakon malah bintang itu boleh dicipta. Oleh itu, saya yakin dengan peluang yang saya berikan kepada mereka ini akan memberi tuah kepada mereka pada masa hadapan", tambahnya.
Jika filem-filem Senario sebelum ini diarahkan oleh pengarah tersohor Ahmad Idham tapi kali ini filem 'Senario The Movie : Ops Pocot' ini akan diarahkan oleh penolong pengarahnya Ismail Hashim atau dikenali sebagai Bob, 34.
Menurut Bob, dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mengarahkan filem buat Senario ini. Malah, dia sudah mengenali memahami kerenah serta gelagat setiap ahli Senario ini sejak dia menjadi penolong pengarah bagi pembikinan filem Senari yang terdahulu.
"Saya dah biasa bekerja dengan Senario dan saya tahu apa 'mood' dan watak yang mereka boleh bawakan sebelum ini lagi.
"Mereka ada lawak mereka tersendiri yang 'standard' dan tidak terikut-ikut dengan mana-mana pelawak walaupun dibawa dalam mana-mana filem. Oleh itu, saya percaya untuk menjadikan filem kali ini box office, memang tiada masalah", katanya.
Antara pelakon-pelakon filem itu yang turut hadir seperti Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Diana Amir, Sasqia, Mas Muharni, Hairul Azreen dan Shahfiez.
Filem 'Senario The Movie : Ops Pocot' yang dijangka ke pawagam pada Mac tahun hadapan akan menampilkan 3 ahli Senario Azlee, Lan Pet Pet serta Wahid yang mempunyai karakter yang berbeza.
Mereka yang terpaksa mengikuti dan menajlani latihan di Ikatan Relawan Malaysia (RELA) akan berhadapan pelabagi insiden termasuk perkenalan dengan 3 orang wanita yang akan turut samamenyertai kem tersebut.

No comments: