Follow Us @asrialigur

04 July 2010

bunga dan ashraf bahagia?



“Kami bahagia, malah Bunga kini mengandung enam bulan,” akui aktor Malaysia, Ashraf Sinclair biarpun isterinya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari turut dikaitkan dalam kontroversi penyebaran video lucah membabitkan artis terkenal negara jiran itu, Ariel Peterpan.


TIADA GUNDAH... Bunga dan Ashraf menunggu kelahiran anak pertama.


Katanya, perasaannya bercampur baur ketika ini dan dia gembira memandangkan Bunga bakal melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi.

“Syukur, ia bagai satu rahmat buat saya. Kebetulan pula, adik saya (Aishah) juga mengandung (tujuh bulan). Hanya sebulan jaraknya dengan Bunga.


“Yang pasti, ia menjadi khabar gembira buat kami semua (keluarga). Berdebar juga saya menanti saat-saat itu, apapun kami semua gembira ketika ini,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Ashraf berkata, sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya, dia dan Bunga merancang berpindah ke rumah baru.

“Tidak sabar rasanya hendak berpindah ke rumah baru, walaupun ia tidak jauh dari rumah keluarga Bunga (di sekitar Kemang, Jakarta, Indonesia).

“Rumah ini sempena meraikan kedatangan ‘orang baru’ (anak) dalam hidup kami, serba-serbinya lengkap di rumah itu untuk kami sekeluarga, termasuk sebuah kolam renang. Seboleh-bolehnya saya ingin berpindah sebelum Bunga bersalin,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai desas-desus mengaitkan isterinya sebagai antara kenalan Ariel yang termasuk dalam koleksi 32 video didakwa memaparkan adegan lucah Ariel, Ashraf enggan mengulas.

Di Indonesia, selepas isu panas penyebaran video lucah Ariel Peterpan dengan Luna Maya dan Cut Tari, bertiup pula gosip mengaitkan Bunga dalam skandal terbabit.

Dalam sebuah laman web, video klip yang kononnya memaparkan aksi panas membabitkan Ariel dan Bunga dikatakan mula terjual di Manado, Indonesia dan laris berbanding jualan video Luna Maya/Ariel atau Cut Tari/Ariel.

Kenyataan pihak pengurusan Bunga menyatakan, gosip itu tidak benar sama sekali dan menafikan Bunga pernah menjalin hubungan bersama Ariel.

Malah akhbar kelmarin melaporkan, polis Indonesia mengesahkan klip video yang kononnya memaparkan adegan seks antara Ariel dan Bunga sebagai gosip dan didapati tidak benar.

Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis, Komisioner Jeneral Ito Sumardi membuat pengesahan itu ketika ditemui wartawan tempatan di ibu pejabat pasukan komando polis di Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat, Jakarta, Khamis lalu.

Katanya, mereka menjalankan siasatan terperinci, termasuk kemungkinan klip itu tersebar dalam bentuk cakera padat video (VCD) seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk di Manado, Sulawesi Utara.

“Saya sudah lihat semua (VCD) itu,” kata Ito.

Mengenai perkembangan kariernya di Indonesia, Ashraf berkata, dia sibuk dengan penggambaran sinetron bertajuk Sejuta Cinta Marshanda (SCM) yang kini ditayang di kaca televisyen Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, meskipun dibebani jadual ketat harian dalam dunia lakonan, dia tidak menafikan merindui Malaysia dan berhasrat kembali ke sini dalam masa terdekat ini.

“Lagi pula, saya ada program hendak dijalankan di Kuala Lumpur bersama syarikat, SinclairFalak Sdn Bhd, iaitu program Acting Saved My Life pada 31 Julai ini.

“Program itu berkaitan dunia lakonan dan saya bakal menjadi jurucakap untuk program itu bersama Sazzy Falak dan adik saya, Aishah. Bukan setakat itu, artis lain juga bakal memeriahkan program terbabit,” katanya

No comments: