Follow Us @asrialigur

05 July 2010

Alif Satar Masuk Hospital.....gempaq


Belum pun habis kes dapat tahu pergelangan tangan kanan Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz Suip patah akibat
kemalangan yang tidak disengajakan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pulak satu lagi berita yang mengejutkan.

Kali ini melibatkan penyanyi Jangan Nakal, Alif Satar yang juga salah seorang peserta yang menyinar dalam program One In A Million (OIAM). dengar dia kini sedang terlantar di Hospital Pakar Damansara dan sedang dirawat akibat sakit pinggang.

sakit pinggang yang dialaminya itu berpunca daripada kemalangan sewaktu dia menjadi artis undangan untuk konsert Digi Lifetour di Sabah.Waktu itu, Alif mahu menunjukkan aksinya pandai bermain skateboard tetapi niat itu menjadi bala apabila Alif terjatuh teruk.

selepas saja Alif terjatuh, dia tiada pula mengadu sakit belakang atau pun luka dimana-mana bahagian. Namun, 2 hari selepas kejadian, barulah Alif mengadu sakit di bahagian pinggangnya itu.

Walaupun penyakitnya itu semakin terukl tetapi Alif tetap mahu meneruskan persembahannya sewaktu terlibat dengan sesi rakaman konsert pertama program Keynote pada malam Selasa, 29 Jun 2010. Sebabnya. dia teruja sangat hendak menyanyikan lagu baru hasil ciptaan peserta Keynote.

Apapun, sebaik saja tamat sesi rakaman tersebut, ayah Alif iaitu Pak Cik Satar terus membawa Alif ke hospital Damansara kerana Alif sudah tidak dapat menahan kesakitannya itu lagi. Selepas berjumpa doktor, Alif terus ditahan dalam wad pada malam itu juga.

Alif khabarnya mahu meneruskan persembahannya pada hari ini sempena konsert konsert Digi Lifetour di Kuantan, Pahang.

Pun begitu, keputusan Alif akan turun padang untuk konsert Digi itu mungkin akan menjadi kenyataan kerana sewaktu Alif menyatakan hasrat tersebut, dia masih lagi di tahan dalam wad. Mungkin, bagi peminat yang mahu tahu sama ada Alif ada atau tidak bolehlah mendapatkan maklum balas tersebut menerusi twitter Alif yang sentiasa di kemaskininya.

Sementara itu, syarikat rakaman Alif iaitu Sony Music berharap sangat agar Alif berehat seketika walaupun mereka tahu Alif tetap mahu nyanyi sungguhpun dalam keadaan yang sakit.

semangat yang ada pada Alif ini patut dicontohi ramai orang. Namun,janganlah terlalu berkeras hati kerana peminat lebih menyayanyi Alif. Janganlah kecewakan peminat dengan berita sakit itu. Nescaya, dari teruja nak menyanyi boleh menjadi tiada lagi nyanyi langsung dari Alif.

No comments: