Follow Us @asrialigur

15 February 2012

| Umur 64 baru boleh pencen!!!!! |


Salam & Selamat Sejahtera

Lanjutan persaraan amat membantu bagi sektor swasta kerana dapat dijangka memberi peluang kepada kakitangan untuk membuat persediaan dana kewangan bagi keperluan hidup masa tua.....memang terbaik ......

*****************************************************
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong hasrat kerajaan menaikkan umur persaraan mandatori pekerja swasta dari 55 tahun kepada 60 tahun.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd. Jafar Abd. Majid berkata, langkah itu dapat membantu kira-kira 6.1 juta pekerja swasta menjana pendapatan yang lebih baik sebelum bersara.

"Langkah ini juga wajar kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 70 tahun berbanding 50 hingga 60 tahun pada era 1960-an," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, dua badan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (MPPUPNM) menyifatkan langkah melanjutkan umur persaraan pekerja itu hanya akan mengurangkan peluang golongan muda memperoleh pekerjaan.

Presiden MPP UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata, undang-undang itu akan memberikan cabaran besar kepada lulusan sekolah menengah dan universiti.

"Peluang pekerjaan semakin terhad kerana mereka yang sudah bekerja akan dapat memegang jawatan masing-masing lebih lama," katanya.

Yang Dipertua MPPUPNM, Wan Azizul Faiz pula berkata, peluang yang terhad di dalam negara akan mendorong graduan untuk bekerja di luar negara.

sumber kosmo
*****************************************************

2 comments:

Beckhrooy said...

64 tahun ke 60 tahun...konfius

Asri ali gur said...

@ Beckhrooy : 60 tahun kot untuk swasta....