Follow Us @asrialigur

18 February 2011

Kadar Tol Turun Masyuk Lagi

Salam………. Kepada sume bloger2 yang dikasihi dan disayangi…

Rakyat Malaysia Digemparkan dengan pengumuman yang mengembirakan kerana penurunan Tol...

Jimat wang sikit nak menggunakan tol ni kan....

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor membayangkan lebih banyak syarikat konsesi akan mengumumkan pengurangan kadar tol tidak lama lagi.

Beliau memberitahu, langkah ke arah pengurangan kadar tol itu sedang dibincangkan antara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat pemegang konsesi.

“Ada (syarikat konsesi) yang datang untuk bincang (bagi mengurangkan kadar tol).
“Tapi kita tak boleh umum sekarang sebab peringkat ini macam baru ‘bertunang’, kalau dah jadi ‘kahwin’ baru boleh umum (pengurangan kadar tol),” katanya kepada pemberita semasa melawat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini semalam.
Beliau mengulas pengumuman pengurangan kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) daripada RM1.60 kepada RM1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Najib pada 28 Januari lalu telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi sebagai langkah membantu memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

Sumber : Kosmo 18/02/2011

Share

1 comment:

FaKArePa!n said...

saya naik moto je.. tol naik ke, tol turun ke.. semua xde efek.. hehe
Jom rasakan
Keranamu Jalan Jem