15 October 2010

Zac malu dengan Vanessa

AKTOR Zac Efron menyatakan kejelitaan teman wanitanya, Vanessa Hudgens telah membuatkan dirinya berasa janggal apabila dia berdiri di sebelahnya. Pelakon berusia 22 tahun yang bercinta dengan Vanessa sejak tahun 2005 mendedahkan dia selalu berasa tidak selesa di sebelah kekasihnya itu.

Jelas Zac: "Bercinta dengan Vanessa membuatkan semua benda lebih mudah kerana kami saling memahami tanpa perlu banyak penjelasan. Saya seorang cerewet, malah lebih teruk berbanding wanita.

"Itu yang membuatkan ramai orang menyampah dengan saya kecuali Vanessa. Dia amat memahami saya. Satu-satunya kelemahan adalah dia selalu kelihatan menarik yang membuatkan saya kelihatan pelik."

Zac mengakui walaupun dia tahu Vanessa merupakan calon isterinya, namun dia tidak mahu terburu-buru untuk mengikat tali perkahwinan dengan Vanessa dalam masa terdekat ini.

Malah, dia mempunyai perancangan untuk menunggu sehingga berusia 40 tahun sebelum berkahwin. Tambahnya kepada majalah Joy: "Kami pastinya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Sekarang kami berdua masih terlalu muda.

"Bila saya akan berkahwin? Rasanya umur 40 tahun adalah masa terawal saya akan mendirikan rumah tangga."

No comments :