Follow Us @asrialigur

02 October 2010

Dian selepas kahwin

SELEPAS berkahwin beberapa bulan lalu dengan Indraguna Sutowo, kelibat aktres cantik dan berbakat besar, Dian Sastro jarang dilihat dalam acara glamor.

Namun baru-baru ini, Dian muncul di khalayak menemani suaminya, Indra yang menjadi penyelenggara majlis sewaktu perasmian majlis dan pembukaan butik Paris Hilton di Grand Indonesia Jakarta.

Menurut Dian yang kelihatan sedikit berisi, oleh kerana dia tidak sibuk dengan jadual kerjanya, dia hadir bersama Indra untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Malah Indra sendiri memberitahu, Dian bukan sekadar menemaninya, tetapi turut terlibat mengelola butik pada waktu senggang.

Ketika ditanya apa yang membuatnya tertarik mengelola butik Paris Hilton, Indra menjawab: "Kerana menurut saya, Paris Hilton adalah seorang artis muda yang begitu ikonik serta diminati banyak orang.

"Justeru saya rasa, apabila dia membuka rangkaian butik, pasti barangan yang dijual atas jenamanya akan laku, termasuk di Jakarta sendiri."

No comments: