Follow Us @asrialigur

01 October 2010

Christina reka barang kemas


CUKUP dikenali dengan sifat humor, Christina Applegate nampaknya telah menambah satu lagi karakter positif dalam dirinya.

Semuanya terjadi selepas dia bertarung dengan serangan barah payu dara baru-baru ini. Sejak bertarung dengan penyakit maut tersebut, dia kini bukan sahaja menjadi jurucakap kempen barah, tetapi juga telah menjadi pereka barang kemas.

Bakat Christina sebagai pereka barang kemas dikesan sewaktu pelakon itu menyertai kempen kesedaran barah payu dara baru-baru ini apabila dia memberi idea kepada pereka barang kemas Alex Woo untuk menghasilkan seutas rantai dan loket untuk mengutip dana bagi tabung Right Action for Women Foundation.

"Bentuk yang saya hasilkan ini mengingatkan saya tentang bunga ros daripada riben yang saya reka untuk keluarga dan sahabat yang datang melawat saya di hospital tempoh hari.

"Saya begitu teruja dan berterima kasih kepada Alex kerana memberi peluang kepada saya terbabit sama dalam projek yang boleh membantu dana buat golongan penghidap penyakit ini," kata aktres itu.

Christina telah mereka bentuk pokok dan dahan pada loket tersebut dengan mesej signifikan, keseimbangan, keamanan dan harmoni dalam kehidupan seorang wanita.

No comments: