Follow Us @asrialigur

13 October 2010

Arahan sulung Angelina



SELEPAS membina reputasi kelas A dalam dunia lakonan, Angelina Jolie nampaknya tidak mahu statik dalam satu lapangan sahaja. Bijak memanipulasi bakat, wanita berbibir seksi itu kini mula menjalani penggambaran filem sulung arahannya.

Belum lagi mempunyai judul, namun filem yang sudah menjalani penggambaran sejak seminggu lalu itu dijangka bakal mendapat sambutan hangat.

Ia merupakan sebuah filem romantik yang berlatar belakang zaman perang Bosnia dan penggambaran juga dimulakan di sebuah rumah anak yatim di Budapest.

Melalui filem sulung arahannya ini, Angelina, 35 tahun, telah mendapatkan kerjasama daripada penerbit Graham King yang mempunyai profil cemerlang dalam bidang perfileman.

Merupakan bekas menerima anugerah Oscar, Graham teruja kerana diberi kepercayaan oleh Angelina untuk menerbitkan filem tersebut.

"Dia merupakan antara individu paling terkenal dengan dedikasinya dalam bekerja. Dia juga seorang yang profesional dan tidak sukar menjalin kerjasama dengannya. Malah saya amat berbangga kerana dipilih bekerja dan menjadi saksi Angelina sebagai seorang pengarah," kata Graham kepada majalah People.

Menurut sumber, filem tersebut menggunakan khidmat pelakon dari Eropah seperti aktor Zana Marjanovic, Goran Kostic dan Rade Serbedzija yang terkenal menerusi filem Batman Begins serta Mission Impossible II.

No comments: