Follow Us @asrialigur

04 October 2010

Adam Levine enggan tua

ADAM LEVINE berikrar enggan lagi menyanyi lagu yang berkaitan wanita. Vokalis Maroon 5 itu mengakui adalah sesuatu yang mengarut apabila sebelum ini banyak lagu, klip video dan kulit luar album kumpulan itu menggunakan model wanita sebagai daya tarikan.

Kata Adam, dia mahu Maroon 5 mencari daya tarikan baru dan kali ini ia tidak melibatkan sebarang wanita. "Saya perlu mencari hala tuju baru buat Maroon 5. Saya tak rasa dunia mahu melihat saya mencium wanita lagi. Selama ini kami banyak menggunakan wanita sebagai daya penarik produk-produk Maroon 5 dan saya rasakan ia sudah sampai ke tahap mengarut," ujarnya.

Tambah Adam: "Apa yang penting, album baru kami nanti akan menampilkan sesuatu yang baru." Album ketiga Maroon 5 itu sudahpun diberi judul iaitu Hands All Over.

Dalam pada itu, Adam turut mendedahkan dia turut gusar dengan umurnya yang kini mencecah 30 tahun. "Saya rasa saya memiliki sindrom Peter Pan - kekal muda. Saya gusar juga apabila usia saya kini mencecah 30 tahun, yang mana ia memaksa saya untuk menjadi matang dalam sesetengah aspek dan dalam masa yang sama saya mahu mengekalkan sifat keanak-anakan saya dalam aspek-aspek yang lain."

No comments: