Follow Us @asrialigur

23 September 2010

Shahir terselamat dalam kemalangan

TAK sampai setahun bergelar artis, Ikon Belia Negeri Perak, Shahir sudah mula terkena tempias gosip. Ia gara-gara dia dikatakan ada menghantar SMS kepada pelakon Rozita Che Wan. Justeru, sejauh manakah perasaan sebenar Shahir pada Rozita.

Apakah fenomena peminat Shahir juga seperti juara AF3 yang mendapat jolokan 'Raja SMS', Asmawi Ani, 28, yang enggan menerima sebarang kritikan dan gosip melanda bintang pujaan mereka dikritik suatu ketika dulu. Apapun, ia sudah berlalu.


Usaha mendapatkan komen Shahir untuk mengulas kisah mengirim SMS kepada Rozita sukar diperoleh sejak semalam kerana bintang baru itu khabarnya terbabit dalam kemalangan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak, petang Isnin lalu.


Kejadian yang berlaku jam 6.30 petang itu membabitkan kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik Shahir yang berharga sekitar RM180,000 dan baru dibelinya Ramadan lalu. Kereta itu dikatakan berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan.


Sekalipun kereta dinaikinya remuk, tetapi Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Justeru, dia kini masih mendapatkan rawatan doktor dan Sahahir juga mengalami demam kerana penat bekerja.


Ketika kejadian itu berlaku, Shahir dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur. Diharapkan Shahir cepat sembuh kerana jadual seninya padat.

No comments: