Follow Us @asrialigur

23 September 2010

Jolin, Vivian pegang tangan di Tokyo

MODEL kelahiran New Zealand, Vivian Dawson memang seorang lelaki yang bertuah. Identiti lelaki mempunyai ketinggian 1.89 meter itu terdedah apabila dia dilihat bercuti dengan penyanyi terkenal Taiwan, Jolin Tsai.

Sebelum kisah percutian mereka terbongkar, Vivian terlebih dahulu telah menjadi model utama di dalam muzik video terbaru Jolin yang berjudul Love Player.

Menurut sumber: “Mereka berdua terbang bersama ke Tokyo, Jepun tanpa sesiapa mengiringi Jolin. Mereka berdua menghabiskan masa bersama apabila dilihat melawat sekitar bandar itu tanpa iringan pengawal ataupun pihak pengurusan Jolin.

“Jolin dan Vivian terbang ke Tokyo pada 12 September lalu. Bagaimanapun mereka duduk secara berasingan di dalam pesawat. Mungkin untuk tidak mahu orang mengesan hubungan mereka. Jolin duduk di kelas pertama, manakala Vivian pula duduk di kelas ekonomi.”

Tidak disangka, Jolin yang selama ini menjaga dengan baik privasi dirinya, memecah tradisi di Jepun apabila dia dilihat tanpa segan silu berpegangan tangan bersama Vivian sebaik sahaja mengambil bagasi di lapangan terbang.

Vivian yang merupakan salah seorang finalis lelaki bujang terhangat Cleo pada tahun 2009 dan membesar di New Zealand itu boleh bertutur sedikit dalam bahasa Mandarin.

Malah, Vivian juga pernah memberitahu rakan-rakannya dia lebih menyukai gadis Asia berbanding gadis Barat. Dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan Jolin kerana Jolin merupakan pelajar Kesusasteraan Inggeris di Universiti Fu Jen Catholic.

No comments: