Follow Us @asrialigur

27 September 2010

Demi, Ashton masih bahagia


MEMASUKI ulang tahun kelima perkahwinan mereka, hubungan rumah tangga aktres Demi Moore dan Ashton Kutcher didakwa sedang berhadapan dengan konflik.

Ashton didakwa sedang menipu isterinya yang tua 15 tahun daripadanya itu.

Bagaimanapun dakwaan itu dikatakan tidak berasas sama sekali. Ia berdasarkan pemerhatian beberapa pihak yang melihat pasangan itu masih mesra seperti biasa sewaktu Ashton menemani isterinya itu di set penggambaran filem terbarunya.

Menurut satu sumber lain pula, Ashton, 32, dan Demi, 47, marah dengan dakwaan tidak berasas itu. Bagaimanapun tidak ada yang berani bertanya tentang hal tersebut kepada mereka berdua.

Namun banyak pihak yang mula mahu memberi komen terhadap spekulasi hubungan mereka yang mula tidak aman itu. Mereka mendakwa faktor jarak usia dan Ashton yang berkahwin pada usia muda telah membuatkan aktor itu mula menipu.

"Ashton telah berkahwin pada usia yang muda dan tidak mustahil pada satu tahap dia akan menipu dalam perkahwinannya," ulas satu sumber.

No comments: