Follow Us @asrialigur

05 September 2010

Amir khan dibayar murah


PENGARAH Kundan Shah dengar-dengarnya merancang untuk mempelawa pelakon terkenal Bollywood iaitu Aamir Khan membintangi filem terbarunya, Tycoon. Namun, disebabkan kekurangan bajet, pengarah tersebut berkemungkinan akan merayu pelakon tersebut supaya menurunkan harganya.

Filem tersebut memaparkan kisah filem Jaane Bhi Do Yaaron yang diterbitkan pada tahun 1983. Filem tersebut dianggap sebagai titik tolak komedi gelap dalam perfileman India.

Projek tersebut sebenarnya telah menarik perhatian Aamir namun dia mahu dibayar penuh seperti filem-filemnya yang terdahulu.

Kundan Shah sendiri telah bertemu Aamir beberapa kali untuk berbincang mengenai skrip filem tersebut.

No comments: