Follow Us @asrialigur

29 August 2010

shah rukh khan (SRK) gugup


SHAH RUKH KHAN (SRK) sudah lali berhadapan dengan kamera sebagai pelakon dan selebriti. Namun, dia akhirnya terpaksa berdepan dengan kegugupan ketika berada di depan kamera.

Perasaan itu wujud tatkala SRK menghadiri satu sesi fotografi bersama isterinya, Gauri Khan. Sesi penggambaran tersebut dilakukan untuk rakaman satu iklan jenama perabot terkenal.

"Bersiap sedia untuk penggambaran besar esok bersama Gauri untuk D Decor, sebuah jenama perabot.

"Saya sangat gemuruh kerana D Decor merupakan jenama perabot ketiga terbesar di dunia," begitu tulis SRK di laman sosial Twitter miliknya.

Sebelum ini, SRK berada di London untuk sesi penggambaran filem dan kemudian ke Delhi bersama bapa mentuanya yang sedang menjalani rawatan kerana kurang sihat.

No comments: