Follow Us @asrialigur

28 August 2010

Beckham kekal gaji tertinggi


Pemain perancang Perancis, Thierry Henry dan kapten Mexico, Rafael Marquez membuat kejutan besar pada bulan lalu apabila menyertai pasukan di Liga Bola Sepak Utama tetapi David Beckham masih kekal sebagai pemain menerima bayaran tertinggi di liga Amerika Syarikat itu.

Senarai gaji dikumpul oleh Kesatuan Pemain MLS menunjukkan Beckham iaitu bintang Los Angeles Galaxy yang kini berusaha untuk pulih daripada kecederaan achilles dan berharap beraksi semula bulan depan, menerima bayaran AS$6.5 juta (RM20 juta) musim ini.


Henry yang pernah membantu Perancis memenangi Piala Dunia dan meraih kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Barcelona, di tempat kedua apabila bakal menerima bayaran sejumlah AS$5.6 juta (RM17.5 juta) selepas menyertai New York Red Bulls.


Marquez yang menyertai Red Bulls dari Barcelona selepas memikul tanggungjawab sebagai kapten Mexico pada Piala Dunia lalu pula berada ditempat ketiga apabila bakal menerima bayaran sebanyak AS$5.54 juta (RM17.4 juta) Ketiga-tiga pemain itu menandatangani kontrak perlantikan istimewa membolehkan pasukan membayar gaji pemain tanpa had gaji maksimum dengan harapan mereka dapat menarik keuntungan dan meraih keputusan lebih baik.

No comments: