Follow Us @asrialigur

22 August 2010

selena cinta Justin Bieber



POPULARITI yang memuncak telah membuatkan peminat wanita Justin Bierber cuba mendekati penyanyi muda itu.

Malah, mereka pasti sentiasa mengambil tahu tentang gadis yang cuba mendekati penyanyi fenomena itu.

Khabar terbaru menyatakan Justin Bieber cuba didekati beberapa gadis dan salah seorang daripadanya ialah Selena Gomez, penyanyi dan pelakon muda Disney.

Cerita keintiman mereka muncul setelah berduet melalui hit single Justin, One Less Lonely Girl sewaktu acara Dick's Clark New Year's Rockin Eve.

Pada acara tersebut, kedua-duanya kelihatan sangat mesra dan membuat beberapa sentuhan dan pelukan.

Bahkan keintiman mereka dilaporkan semakin rapat apabila saling berbalas SMS setiap hari dan saling mengusik.

Selena Gomez pernah menyatakan bahawa Justin menyuruhnya menanggalkan kasut tumit tingginya kerana Justin kelihatan lebih rendah daripadanya. "Kamu pendek, terimalah," ejek Selena.

Namun begitu, Selena mengakui bahawa lagu-lagu Justin merupakan penghiburnya setiap waktu.

Justin sendiri merujuk Selena sebagai cutie dalam satu wawancara. "Saya rasa Selena Gomez cantik tetapi bukan bererti saya menyukainya. Dia comel. Benar-benar comel," ungkap bintang remaja itu.

No comments: