Follow Us @asrialigur

22 August 2010

jehan mahu nikah bersaksikan air


JEHAN MISKIN sedang menunjukkan antusias perkembangan kerjayanya secara teratur. Dia kini sibuk mencipta portfolio dalam dunia belakang tabir. Terbaru, dia menerbitkan sebuah telefilem, Buta Warna lakonan Awie yang mendapat respons yang baik daripada peminat.

Seriusnya dia mencipta nama sebagai anak seni tidak terhenti di status pelakon.

"Saya telah membuang sekitar 70 peratus masa santai saya demi kerjaya dan saya sangat gembira melaluinya.

"Dulu masa saya banyak terbuang dengan melepak bersama rakan-rakan atau bermain permainan video, tetapi kini tidak lagi," ujar lelaki berusia 31 tahun ini.

Dalam masa yang sama, adik kepada bekas gimnas negara, Faiznur Miskin ini merangkaikan untaian-untaian drama dan filemnya yang bakal menemui peminat. Usai penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, dia masuk ke dalam lokasi Awekku Bukan Puntianak, Apokalips, Nurkasih dan Awan Dania The Movie.

Khalayak juga akan menemui Jehan dalam sebuah telefilem raya bergenre komedi, Aidilfitri Kulai Fornia pada bulan Syawal nanti.

No comments: