Follow Us @asrialigur

30 June 2010

(Tahniah) Farid Kamil dan Ijazah Sarjana Muda UiTM

Seronok bila dengar kisah artis-artis kita yang dah graduate ni. Selain membuktikan bakat yang tersedia maklum, ilmu yang tinggi juga amatlah penting bagi menghasilkan artis-artis yang berilmu. Kebanyakkan artis-artis yang berilmu jarang-jarang kita nampak gambar mereka di clubbing dan sebagainya.


SHAH ALAM – Pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari semalam menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini.

Farid, 29, yang hadir ditemani bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, tersenyum bangga apabila segala usaha selama empat tahun mengejar ilmu sambil bekerja membuahkan hasil.

Dia yang juga menamatkan pengajian Seni Lakon Teater peringkat diploma di universiti yang sama bersyukur apabila berjaya mencapai cita-cita untuk mengarahkan satu filem sebelum bergelar graduan.

â€Å“Saya rasa bertuah kerana cita-cita itu tercapai apabila filem pertama arahan saya, V3 Samseng Jalanan menemui penonton sebelum majlis konvokesyen ini.

â€Å“Seterusnya, saya akan menemui penonton dengan filem terbaru lakonan saya, Lagenda Budak Setan sebelum kembali mengarah filem kedua bertajuk Kongsi hujung bulan ini,â€� katanya. – Kosmo

No comments: