Follow Us @asrialigur

24 November 2017

Cameron Highlands Hari pertama ( Cameron Lavender )

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Malam tadi gerak trip ke Cameron Highland dari jam 12pagi sampai Brinchang 9pagi lebih kurang la.Sampai je sana singgah sarapan seolah olah makan Tengahari la.Nasi Putih.


Ini kali ke dua aku pergi Cameron Highland.
Tempat yang pertama ditujui adalah di Cameron Lavender
.Masa pergi kali pertama dulu belum sampai lagi ke tempat lavender mungkin belum ada lagi kot.Masa tu pergi seingat aku pada tahun 2010 kot.Bayaran masuk adalah RM10 dewasa kanak kanak 5 -12 tahun RM7



Tempat ni memang cantik dan Lavender pun cukup menarik dan lebih meriah penuh dengan Orang Ramai.Pelbagai Jenis bunga ada disini dan cenderahati.Kalau nak buat swafoto pasti meletop cantik kebaboom.


Yang cukup menarik yang aku suka kat sini bunga bonzai pun ada jual tapi tak berapa banyak sikit je.hahaha.



Tapi ada jugak nak bergambar selain bunga bunga disini.Seperti gambar saya ni.


K by tunggu Tempat yang seterusnya...

#tripCameronHighland2017
#jalanjalan
#GroupBloggerMalaysia
#haripertama

No comments: