18 August 2015

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Dataran Keris

Salam Dan Selamat Sejahtera

Hari ni aku telah mengikuti Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang .Yang Diadakan di Dataran Keris , Alor Gajah Melaka.

Hari ni jugak adalah hari cuti kerja aku huh memang terbaik la dapat jugak aku pergi.

Program macam ni lah bagus untuk mengingatkan kembali sejarah silam di negara kita ..

Dan membentuk Rakyat yang prihatin terhadap Negara Yang Tercinta ini....


Majlis ini jugak telah disempurnakan oleh
YAB Datuk Seri Ir.Hj Idris Bin Hj Haron



Banyak Acara yang telah dilakukan disini terutamanya
Acara perarakan membawa Jalur Gemilang oleh 58 Orang pelatih
Akademi Laut Malaysia diiringi Brass Band Jabatan Penjara Malaysia.


Tidak lupa jugak lagu patriotik jugak didendangkan dan dinyanyikan
Beramai ramai sambil berkibar Jalur Gemilang..

Program ini memang menyatukan Rakyat
I Love Melaka
I Love Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN 
MALAYSIA.

No comments :