22 August 2012

Kenangan Syawal ke-3 (menghampakan)

Salam & Selamat Sejahtera

Hari ni dah masuk Syawal Yang ke-4 .Ada lagi yang masih beraya bersama sanak saudara di Kampung masing-masing dan ada jugak yang berpusu-pusu untuk pulang ke kota raya yang menyebabkan kesesakkan jalan lagi-lagi berdekatan Highway fuhhh jenuh nungu kereta berderet memanjang ..aduai....


Semalam Syawal ke-3 memang tinggal kenangan dan menghampakan kami....Semalam aku,akak,abang ipar,adik dan adik sepupu pegi la Rumah Dato' Menteri Besar Johor(umah mak dia yang kat sungai Mati Johor buat rumah terbuka).Dalam jam 1 lebih gitu la kan... tapi majlisnya tutup jam 3 petang tapi ada extra sampai jam 4. Satu hal ni diorangni dah tahu dah lambat sempat lagi lak singgah beraya..Aduai tapi malangnya jam dinding yang kami beraya tu menunjukkan jam 2 petang( ingat kan memang jam 2)...sebenarnya sudah jam 3 petang dan situ lah menyebabkan kelewatan sampai ke destinasi dengan keadaan sesak jalan penuh kereta memanjang(hampa).


Sampai-sampai jer ke destinasi Umah Dato'Ghani ni jer aleh-aleh Bufet-bufet periuk-periuk semua dan berkemas tinggal bungkus makanan jer aduai...jelir lidah jelah nak makan di sana tu...

Rancanglah perjalanan anda jangan jadi seperti kami huhuhuhuh...

Renung-renungkan selamat beramal.....

No comments :