Follow Us @asrialigur

10 May 2011

Lawak Convo 8



Salam dan selamat sejahtera.... layan lawak ni k....


1) Jelingan ayah...
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,
kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku
disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika
sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah
punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain
yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat
tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah
lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut
terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam
menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu,
berbirat punggung aku dirotannya.

2) Saya Tak Mau Mati
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah"............

3) Pelancong Korea
Paak Yew Tu adalah Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan
kakinya ke Malaysia. Ketika di KLIA, dia sampai ketempat untuk pengesahan
kemasukkannya ke negara ini, iaitu Imegresen. Setelah menyerahkan pasportnya,
pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.

Pegawai : “Nama?”

Pelancong : “Pak Yew.”(sebutan dalam loghat Taiwan)

Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!,
jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”

Pelancong: “Pak Yew Tu.”...........

Sumber Cerita Lucu : http://www.izzafey.ws/ceritalucu]


Share

3 comments:

Unknown said...

lucu...kahkahkah.... Salam kenal....

Unknown said...

kenalan wiwit.hn@gmail.com

kotak bulat said...

hehehe.. pernah bace ni :)

Recent post : CINTA SEKOLAH WAKTU DULU
LARI SEBELUM AKAD NIKAH