BIARPUN pelbagai genre muzik telah mendominasi dunia nyanyian hari ini, namun, irama muzik yang dikenali sebagai ‘rock kapak’ sebenarnya masih lagi diminati oleh segelintir peminat muzik tanah air.
Era rock kapak telah menjadi pujaan terutamanya anak-anak muda di negara ini pada era 80-an dan 90-an dengan kemunculan pelbagai kumpulan rock yang mewarnai dunia seni hiburan ketika itu.
Kumpulan seperti Melissa, Junction, Meditasi dan Bloodshed adalah sebahagian daripada nama yang cukup popular serta lagu-lagu mereka pula menjadi siulan ramai.
Kini, sebagai usaha untuk mengembalikan semula kehangatan irama muzik rock kapak, sebuah kumpulan yang pernah mencuri tumpuan pada era 90-an telah membuat kemunculan semula.
Kini, sebagai usaha untuk mengembalikan semula kehangatan irama muzik rock kapak, sebuah kumpulan yang pernah mencuri tumpuan pada era 90-an telah membuat kemunculan semula.
Dikenali dengan nama Chapters pada masa itu, kumpulan tersebut terdiri daripada empat anggota yang diketuai Wan Chap (pemain dram), Nizam (vokalis), Edrie (gitar) dan Lan (bass).
Setelah hampir 20 tahun tidak bergiat aktif, kini mereka telah membuat kemunculan semula dengan tiga anggota baru iaitu Am (vokalis), Polly (gitar) dan Din Gates (bass).
Pernah melahirkan album berjudul Prajudis pada tahun 1991, peminat setia Chapters pastinya mengingati beberapa buah lagu popular nyanyian kumpulan tersebut seperti Dosa Cinta, Titian Rindu dan Realistik Kota.

Kemudian pada bulan September lalu, mereka telah kembali ke persada muzik tanah air dengan nama Chapters 09 dan menghasilkan album mini yang memuatkan lagu-lagu seperti Gurauan Kata Cinta dan Permata Hati.
Demi memenuhi permintaan para peminat yang mahu mereka membuat persembahan secara langsung, kumpulan tersebut telah mengadakan sebuah konsert di One Cafe, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 November yang lalu.
Jurucakap Nadi Event & Resource, Esnani Elias yang merupakan penganjur konsert berkenaan berkata, penampilan kumpulan berkenaan pada konsert itu cukup istimewa kerana telah menggabungkan semula anggota kumpulan tersebut.

“Biarpun Chapters tidak banyak melahirkan album, namun kumpulan ini juga sebenarnya mempunyai peminat mereka tersendiri dan penganjuran konsert ini juga sangat dinantikan selepas mereka melahirkan album single sebelum ini.
“Apa yang lebih menarik lagi, semasa konsert itu telah ditampilkan pemain gitar terulung Malaysia, Edrie Hashim, yang merupakan bekas anggota kumpulan ini,” ujarnya selepas berakhir konsert tersebut.
Menurut Esnani lagi, anggota kumpulan Chapters 09 telah melakukan latihan sejak beberapa bulan yang lalu untuk membuat satu persembahan yang mantap untuk para peminat.

ernyata persembahan selama dua jam itu dilihat telah berjaya membangkitkan semula kenangan lama di kalangan peminat setia apabila mereka menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan serta lagu-lagu baru mereka yang tidak kurang hebatnya.
Pada malam itu juga, para pengunjung telah dihiburkan dengan satu persembahan yang menakjubkan menerusi lagu-lagu seperti Laut Dan Misteri, Sosial Funk, Takdirkah Ini, Kontroversi dan Pesona. – RONI HIDAYAT RIDWAN
1 comment:
rasanya terlalu sukar untuk rock kapak kembali bertapak.terpaksa bersaing sengit dengan musik2 yang lebih santai rasanya.
Post a Comment