16 October 2010

Agnes hos AMA

SETELAH beberapa lama mengumumkan rencana memasuki pasaran antarabangsa akhirnya ia seperti menghampiri Agnes Monica. Walaupun tidak melalui muzik, namun jemputan untuk ke negara tersebut sudah cukup memadai.

Lebih-lebih lagi apabila jemputan tersebut adalah jemputan yang mengajak Agnes untuk menjadi salah seorang hos di Anugerah American Music Award (AMA).

Melalui twitternya, Agnes menulis bahawa dia akan menjadi hos bagi acara karpet merah di majlis hebat tersebut.

Luahnya: “Tweez,I am going to be 1 of the int'l hosts of red carpet AMA live(American Music Awards) November 21, 2010. wif @dannygokey too!! (Kepada semua, saya akan menjadi salah seorang hos rasmi di karpet merah pada Anugerah American Music pada 21 November 2010 bersama Danny Gokey).

Danny Gokey yang akan menjadi pasangannya itu nanti merupakan seorang penyanyi country dari Amerika. Dia juga merupakan pemenang tempat ketiga American Idol musik ke-lapan.

Malah Danny sendiri melalui akaun Twitternya menulis dia akan bekerjasama dengan Agnes pada malam tersebut dan dianggap sebagai projek besar mereka berdua.