Follow Us @asrialigur

24 September 2010

Vokalis Kings of Leon nak kahwin

Selepas pemain drum Kings of Leon berkahwin, kini nampaknya giliran vokalis grup terkenal itu, Caleb Followill pula mengikut jejak langkah temannya itu apabila melamar kekasihnya, Lily Aldridge untuk menjadi suri hidupnya.

Berita gembira itu disahkan oleh pegawai publisiti grup yang bakal muncul dengan album terbaru mereka pada bulan hadapan dengan judul Come Around Sundown kepada majalah People.

Caleb dan Lily telah bercinta selama dua tahun dan Lily sendiri pernah terlibat dalam klip video lagu Use Somebody milik grup itu.

Menurut laporan, Caleb kini sedang sibuk melakukan persiapan awal dan dikatakan dalam proses mencari perunding perkahwinan bagi merealisasikan majlis perkahwinan mereka nanti.

No comments: