Follow Us @asrialigur

14 July 2010

Uji Rashid dan Hail Amir masih digilai..


Siapa kata artis lama yang sudah tidak ada album baru payah nak narik peminat menonton persembahan mereka? Salah tu... sebabnya bintang legenda masih diminati ramai dan kemunculan mereka di pentas amat ditunggu-tunggu.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang bintang jarang mendapat peluang mengadakan persembahan utama. Pasangan duet evergreen, Uji Rashid dan Hail Amir membuktikannya dalam persembahan Nostalgia Uji Rashid dan Hail Amir di Putrajaya minggu lalu.

Hail mengusik pasal mata Uji Rashid ketika menyanyikan lagunya, Mata

"Kami masih ada banyak tawaran mengadakan show, tapi inilah agaknya persembahan istimewa yang hanya menampilkan kami sebagai artis utama," kata Uji pasal persembahan amal malam Prihatin-Berhibur Sambil Beramal yang diadakan bagi membantu Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP).

Uji mengakui pembabitannya dan Hail sebagai satu amal menggunakan kudrat mereka sebagai penyanyi. Apatah lagi nama mereka adalah pilihan utama kerana diminati oleh orang di sebalik pertubuhan tersebut.

Nyata pemilihan pasangan duet itu satu keputusan tepat. Jualan meja hampir penuh dengan kehadiran peminat setia dan penderma. Mereka menanti kemunculan pasangan yang diminati sejak zaman remaja itu.

"Lagu Semakin Hari Semakin Sayang ada kenangan istimewa dalam hidup saya, tapi ceritanya biarlah saya simpan sendiri," kata seorang peminat yang turut menyanyi lagu itu bersama Uji.

Pasangan duet serasi.

Usik mengusik, buka rahsia

Selain bernostalgia dengan lagu-lagu mereka juga mengimbau kisah yang dilalui pada era remaja.

Mereka mengaku sepanjang menyanyi bersama, tidak pernah wujud rasa cinta sebaliknya menjadi sahabat sejati sehingga ke hari ini.

"Uji Rashid ni terkenal juga kerana matanya. Saya pernah ke pasar dan sengaja tanyakan kepada Cina penjual ikan nama ikan yang bermata besar. Cina itu pun kata ikan Uji Lasid," kata Hail membuka rahsia Uji.

Uji juga memberitahu peminat yang dia berkawan baik dengan isteri Hail, Sofi.

"Kalau nak pergi show berdua, Sofi akan kata, Hail ni kalau di rumah milik saya, tapi kalau di atas pentas malik Uji, jadi jagalah Hail ya," cerita Uji.

Peminat tak berganjak

Walaupun berbekalkan lagu lama antaranya Asmara Bergelora, Antara Matamu Dan Mataku, Bertemu Untuk Berpisah, Wajah Kesayangan Hamba, Kau Datang lagi Dalam Fikiranku, Mata, Kuingin Selalu Di Sampingmu, Penawar Di Hati dan Impian Semalam, penonton tidak berganjak hingga penutup.

Usik mengusik tanpa cinta.

Mereka terpaku menonton persembahan bintang yang telah lama tidak didengar suara. Ada yang turut menyanyi bersama-sama setiap kali lagu dialunkan. Anak muda yang dibawa menemani ibu juga kelihatan terhibur.

Pihak penganjur sendiri menganggap persembahan tersebut satu kejayaan dan difahamkan satu siri road show akan disusuli ke negeri lain selepas ini dalam usaha yang sama, iaitu berhibur sambil beramal.

Kepada peminat Uji dan Hail atau mungkin juga peminat bintang nostalgia lain, tunggulah pengumuman persembahan susula

Lagu popular bantu populariti Uji-Hail

n pada masa akan datang. Irama 70-an akan datang ke tempat anda.

Peminat juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan dua bintang pujaan mereka sebaik persembahan selesai dan juga semasa berehat di luar. Terima kassih kepada penganjur, Star Blockbuster yang percaya kepada dua bintang ini.

Semarak lagu 70-an

Mungkin juga kejayaan persembahan Uji dan Hail akan menyemarakkan lagi siri persembahan yang menampilkan lagu-lagu era-70-an. Ia boleh berlaku sekiranya ada pihak yang menggerakkannya. Pasaran sudah pasti ada.

Dah banyak jalani shooting rancangan khas hari raya di TV tahun ini.

Sekiranya ada usaha pihak penganjur mengadakan persembahan yang menghimpunkan artis era-70-an, tidak mustahil lagu-lagu era itu akan kembali mekar. Mungkin boleh terus kembang sebagaimana semaraknya lagu pop yeh yeh selepas satu konsert besar menghimpunkan bintang era 60-an di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1984.

Bintang era 70-an masih ramai dan masih aktif menyanyi. Cuma kehadiran mereka dalam sebuah persembahan berskil kecil atau sederhana. Itupun bukanlah sebuah konsert himpunan artis-artis mega. Sebelum ini kita dengan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ahmad Jais dan Anita Sarawak yang mengadakan persembahan berskil besar.

Bayangkan bagaimana hotnya pentas persembahan kalau dihimpunkan Uji Rashid, Hail Amir, Sharifah Aini, Datuk D. J. Dave, Dhalan Zainuddin, Anita Sarawak, Khatijah Ibrahim, Latiff

Ibrahim, Sanisah Huri, J. Mizan, Maria Bachok dan lain-lain?

Ia sesuatu yang bukan mustahil sekiranya semua penyanyi era 70-an bersatu mahu mengembalikan kegemilangan muzik era remaja mereka. Ia untuk memanjangkan hayat muzik mereka sendiri agar anak muda hari ini menghargainya.

Peminat muda hari ini semakin terbuka menerima muzik flashback. Lagu-lagu dulu lebih berjiwa berbanding lagu coiptaan baru yang lebih kepada penonjolan protes.

Bukti lagu lama masih relevan ialah stesen radio yang memutarkan lagu-lagu lama terus mendapat tempat dan mengatasi rating radio yang hanya putarkan lagu-lagu terkini. Mereka putar kerana pendengar sukakannya.

Syarikat rakaman tempatan juga tidak putus-putus memasarkan semula album himpunan lagu-lagu nostalgia kerana mereka tahu masih ada yang mahu membelinya. Sementelah pasaran lagu baru semakin terbatas dek kerakuran peminat yang celik teknologi dan hanya tahu dan mahu memuatturun lagu ke telefon bimbit atau peralatan media lain.

No comments: