Follow Us @asrialigur

21 July 2010

kuasai pemakaian tali pinggang


Tali pinggang adalah kunci aksesori dan fesyen pada penampilan lelaki. Hari ini, ciptaan tali pinggang hadir dalam pelbagai rekaan dan rangkaian. Anda perlu memakainya ke tempat kerja dengan mengikut jenis kod berpakaian, amat penting untuk ketahui dan belajar tentang pemakaian tali pinggang yang betul. Ia adalah pelengkap kepada pemakaian harian anda.

PILIH TALI PINGGANG TERBAIK
Beberapa perkara berikut perlu anda ketahui dan nilai sebelum memilih tali pinggang untuk digayakan.

1. Jenis tali pinggangHanya dua jenis tali pinggang yang perlu anda tahu: Kasual dan formal. Bagaimana untuk mengetahui mana satu tali pinggang kasual, mana satu formal? Secara logiknya, pasti anda boleh bezakan kedua-duanya. Masih belum pasti? Baiklah, tali pinggang dengan ukuran lebar bermaksud ia adalah tali pinggang kasual. Ia juga bertekstur, lebih lembut dan flat. Tali pinggang formal pula biasanya berkilat dan perincian penyudahnya kemas. Untuk menjadikan anda seorang yang berfesyen, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua jenis ini.

2. 3 warna utamaSeperti juga mudah untuk membezakan antara tali pinggang formal dan kasual, memilih warnanya juga amat mudah. Hanya terdapat tiga warna utama yang harus anda tahu. Hitam, coklat dan gelap. Seharusnya anda memiliki tali pinggang kasual dan formal dalam kesemua warna ini. Di pasaran banyak tali pingang kanvas dijual dalam aneka warna. Dari label berjenama yang tidak perlu diragui kualitinya hinggalah jenama biasa. Tali pinggang dalam rona terang mungkin sesuai jika anda masih muda remaja, tetapi bagi kebanyakan orang, ia hanya satu trend yang bersifat sementara.

No comments: