Follow Us @asrialigur

13 January 2018

Beli Rak Ikea Kat Shopee #janganPercaya

 Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera


Barang Shoping Online dari Shoppee sudah sampai.LENNART Drawer unit - IKEA ni order hari selasa hari itu sampai hari ni (sabtu) sekejap je dah sampai takdelah tertunggu tunggu macam menunggu Orang masuk meminang.Harga Rak IKEA berpatutan.


Aku ingat barang IKEA ni sampai sudah siap pasang semuanya.Rupanya Kena pasang sendiri.Adoi Ni yang lemah ni kena belajar memasang pulak.Lama jugak la ambik masa memasang ni dari jam 7.30pm hinggalah jam 9pm lebih kurang.




Punya la lama aku pasang Rak IKEA ni.Orang lain mungkin cepat tapi aku lambat yalah bukan lambat apa dia punya Button tu masalah aku dah rosakkan tulah nak betulkan balik kasi tegak balik.Last last ok aku dah tegakkan Button Skru dia dah ok.

Buat pemasangan ni memang kena cara yang betul kalau cara yang salah memang tak jadi Rak la.Tadi pun semasa buat pemasangan ada juga lah kesilapan tadi salah bengkok nasib baik la boleh settlekan.Kalau korang nak Rak ni dalam keadaan baik dan sihat janganlah buat kerja laju laju pastikan memahami panduan yang telah diberikan.

Nasib baik la aku ni pandai jugak la memasang Rak ni.Walaupun satu kesilapan kecil.Akhirnya Berjaya .Alhamdulillah.Cantik tak?

Ok.By
#GroupBloggerMalaysia
#SekadarKongsi
#CiterSiniCitersana
#ThankU

1 comment:

Hazrina Halim said...

Sama laahh.. Saya pun baru je beli barang ikea tp dari Lazada. Lama nak siap pasang sebab salah pusing. Nasib tak patah benda tu.