Follow Us @asrialigur

Showing posts with label GOSIP SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label GOSIP SENDIRI. Show all posts

05 December 2010

culik pelajar bayar hutang Ah long

5:29:00 PM 1 Comments

apa nak jadi diorang ni nak mampos ke apa?dah la ko pinjam duit orang pastu nak menyusahkan orang lagi ...nak curi anak orang ....ko dah tahu pinjam Duit Ah long ke pak long kerr...kau sendiri ingat la dah pinjam bayar la balik pada masa yang ditetapkan bukan dilupakan....ni jadi masalah ko tak bayar hutang ko nak culik anak orang...Woi ko ingat ini bapak ko punya negara suka2 jerr...kan dah kena tangkap! kalau tak ada duit @ tak tak mampu nak bayar balik tak usah la pinjam...k...lu pikir la sendiri...nilah akibatnya lari dari daripada berhutang........
lau nak pinjam duit sapa2 pun fikir banyak kali...jgan ikut perasaan.....

26 November 2010

Iyaz teruja di Malaysia

12:56:00 PM 0 Comments
PENYANYI Iyaz mula dikesan bakatnya oleh Sean Kingston sekitar tahun 2008. Namun dalam tempoh dua tahun sahaja, namanya mula meniti di bibir peminat setelah single pertamanya, Replay mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.


Melihat kepada populariti yang diraih penyanyi kelahiran British Virgin Islands itu, maka pihak penganjur anugerah Shout! Awards mengambil keputusan mengundang Iyaz membuat persembahan pada acara kemuncak anugerah tersebut.


Biarpun baru kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia, Iyaz meluahkan rasa gembiranya apabila diberi peluang untuk membuat persembahan dan teruja untuk melihat reaksi para peminatnya di negara ini.
“Sebagai seorang artis yang masih baru, saya merasakan ini adalah satu penghormatan yang cukup besar apabila diundang oleh pihak penganjur beraksi di sebuah anugerah yang cukup besar.


“Pada masa yang sama, saya juga sebenarnya sangat teruja untuk membuat persembahan di samping artis-artis popular di negara ini dan berjanji untuk membuat satu persembahan yang terbaik,” katanya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Semasa berlangsungnya anugerah Shout! Awards pada 20 November lalu, ternyata Iyaz tidak mengecewakan peminat yang hadir dengan membuat satu persembahan yang cukup bertenaga menerusi lagu-lagu popularnya seperti Solo dan Replay.


Sebelum menempa nama sebagai seorang penyanyi, Iyaz yang lahir daripada keluarga pemuzik pernah menuntut dalam bidang rakaman digital di New England Institute of Technology, Rhode Island, Amerika Syarikat.
Lebih menarik lagi, dia bersama beberapa orang rakannya pernah merakamkan sebuah lagu berjudul Island Girls. Menurutnya, lagu tersebut dirakam menggunakan sebuah komputer bimbit serta mikrofon yang dibeli di pasar raya Wal-mart.


Melalui lagu tersebut juga, Sean Kingston mengesan bakatnya setelah mendengarnya melalui laman web Myspace. Ujarnya Iyaz, mulanya dia tidak percaya mendapat e-mel daripada seorang penyanyi popular dan setelah e-mel ketiga dihantar oleh Sean Kingston, barulah dia membalas e-mel tersebut.
Mengenai perasaannya apabila layak dikategorikan sebagai seorang artis bertaraf antarabangsa, penyanyi yang berusia 23 tahun itu menjelaskan status tersebut tidak akan membuat dia cepat lupa dengan populariti yang diraihnya sekarang.


Menurut Iyaz lagi, dia berasa sangat beruntung kerana penglibatannya dalam industri muzik juga turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga.
Ujarnya, tanpa sokongan keluarga dia tidak akan berada di tahap sekarang.


“Hubungan saya dengan ahli keluarga terutamanya ibu memang sangat rapat. Sepanjang bergelar seorang penyanyi, saya kerap meminta nasihat daripadanya supaya tidak cepat lupa setelah popular.


“Saya akui yang saya juga seorang anak emak dan saya yakin beliaulah yang akan menjadi penyelamat jika saya hanyut dikelilingi dengan kekayaan dan wanita selepas ini,” ujar Iyaz atau nama sebenarnya Keidran Jones.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai artis pujaannya pula, Iyaz memberitahu dia pernah menyimpan hasrat untuk berduet dengan mendiang Michael Jackson. Bagaimanapun, Greenday merupakan artis berkumpulan yang sangat diminatinya ketika ini.


Ujarnya, dia sangat mengagumi muzik yang dibawakan oleh Greenday, sebuah kumpulan rock punk yang cukup terkenal di Amerika Syarikat dan beranggapan kumpulan tersebut berada kelas yang tersendiri.

24 October 2010

anak buah

1:46:00 PM 0 Comments


Salam sume....harap sihat selalu la ek..
arini ni aq nak tunjukkan sesuatu kepada korang...yalah asik korang tengok gosip artis jerr!
tengok la pasal gosip aq yg lain plak pasal anak buah aq ni baru ada brans kihkih...
rileks la ya.. ni sambil2 jer.. aq keluarkan gosip yang lain lak....cuci mata la katakan....

nama dia alia maisarah...

p/s apa macam ok?
cuci mata