Follow Us @asrialigur

24 March 2015

Tengok Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

Salam Dan Selamat Sejahtera

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU



Aku memang excited la nak pergi Danga Bay Johor Bahru untuk Pertabalan KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR SEBAGAI SULTAN JOHOR YANG KE-5 . Pada 23 Mac 2015 .
Aku pergi pun ikut Rombongan je Ramai ramai Satu Daerah Ledang yang mempunyai 75 Buah Bas . No Bas Yang aku ikut  Bas No 3



Kena tunggu Bas pun dari Jam 12 tengah malam.Bas sampai jam 1.30pagi dan terus bertolak.
Singgah Di Pagoh untuk berehat seketika untuk makan dan pergi tandas.

Kira-kira jam 2.30 pagi terus bertolak ke Destinasi Danga Bay.



Sampai pun dalam kira -kira jam 5.30 pagi dan terus bersiap sedia apa apa yang patut.Di situ dah tersedia Khemah dan Air .So pandai pandai la membawa diri huhuhu.


Kirakira jam 7pagi so masa untuk menunggu Kerabat kerabat diraja.
Semasa menunggu.Di situ ada sediakan sebuah paparan Tv untuk ditonton secara live disitu TV1 RTM dan TV3.



Kerabat kerabat diraja dan DYMM Sultan Ibrahim tiba dalam jam 9.30 pagi.
So aku stanby untuk mengibar Bendera sebagai Tanda Semangat Cintakan Raja .
AKu pun Malas nak Panjang Panjangkan Cerita aku suka cerita yang Ringkas Ni semua aku dah pendekkan.

Selepas je habis Pertabalan .
Rombongan kami (Bas No 3)  singgah Di Ayer Itam Johor
Masa untuk membeli belah huhuhu..

No comments: