Follow Us @asrialigur

01 November 2010

Petua menjaga hati isteri



Ø Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

Ø Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah

Ø Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.

Ø Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan

Ø memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

Ø Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

Ø Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

Ø Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

Ø Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

Ø Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Ø Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

Ø Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

Ø Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

Ø Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

p/s sayang isteri jgan wat macam sampah

No comments: