25 October 2010

Tanda Retaknya Perhubungan


Ini adalah tanda-tanda awal dan amaran sesebuah perhubungan itu menyusut dan retak.

Maklumat ini adalah ‘penting’ untuk anda perhatikan supaya anda tau bila masa untuk anda dapatkan bantuan sekiranya perhubungan bermasalah.

1) Kritikan

Selain dari hanya merungut,seseorang itu ‘menyerang’ dan menyalahkan personality atau/dan karektor pasangannya. Sebagai contoh, “awak ni memang la seorang yang pentingkan diri dan tak mengenang budi!”

2) Membatukan Diri
Buat tak tau,mengelak dan mula menjauhkan diri dari pasangan anda.

3) Tak Menghargai

Tidak ada percubaan untuk memahami pandangan masing-masing.

4) Menghina

Tindakbalas dengan niat untuk menyinggung dan/atau mendera pasangan secara psikologi. Contohnya, “awak ni bukannya bodoh lagi, dah tahap bangang dah ni!”

5) Tiada Pertahanan Diri Tak sanggup dah nak mendengar penjelasan atau cakap pasangan kerana anda mula rasa takut, fobia akan kemungkinan tindakannya ke atas diri anda nanti.

6) Menterjemah Secara Negatif

Apa saja pasangan cakap walaupun perkara tu positif atau neutral, tetap nampak negative pada pandangan pasangan yang satu lagi.


p/s Kalau anda rasa ada dua atau tiga perkara di atas sedang berlaku dalam perhubungan anda, ini masanya untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.

No comments :